Skip to main content

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API (18 GAMBAR)


KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

SEBAGAI pengurus stesen kereta api Kishi di bandar Kinokawa, Jepun, Tama sepatutnya memantau operasi harian agar berjalan lancar tetapi sayangnya, ia lebih gemar tidur, bermain dan makan.

Manakan tidak, Tama hanya seekor kucing betina yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas berat itu.

Lengkap mengenakan topi dan pakaian seragam berbentuk kot daripada warna biru gelap, Tama ‘bekerja’ dari pejabatnya iaitu sebuah mesin tiket yang telah diubah suai khusus buatnya.

Biarpun tidak mempunyai apa-apa ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pengendalian kereta api, Tama dianggap sebagai pekerja yang paling banyak berjasa.

Buktinya, kehadiran kucing yang kini sudah menjangkau usia 15 tahun itu berjaya membantu pihak syarikat Stesen Kereta Api Elektrik Wakayama daripada bankrap.

Menurut penjaga kucing itu, Nishiyama, syarikat pengendali kereta api tersebut mengalami masalah kewangan yang teruk sekitar tahun 2006.

Katanya, bagi menjimatkan kos operasi, pihak syarikat telah menghapuskan beberapa jawatan termasuk pengurus stesen dan membiarkan ia beroperasi tanpa pengawasan.

Lebih memburukkan keadaan, beberapa buah stesen di bawah kendalian syarikat itu hampir ditutup apabila masalah tersebut kian meruncing.

“Bagaimanapun, kehadiran Tama berjaya menyelamatkan keadaan dan tanpa disangka-sangka, operasi stesen mulai pulih seperti sediakala,” katanya seperti dipetik portal Mail Online.

Cerita Nishiyama, semuanya bermula apabila pihak syarikat terpanggil untuk menjadikan Tama sebagai ikon di stesen itu selepas melihat kecomelannya.

“Di sebelah stesen Kishi, terdapat sebuah kedai runcit milik Toshiko Kayama. Lelaki itu gemar memberi makan kepada kucing jalanan termasuk Tama.

“Jika dibandingkan dengan kucing lain, Tama memiliki keistimewaan sendiri kerana struktur tubuhnya kelihatan seperti bentuk hati apabila ia duduk dalam posisi tertentu,” katanya.

Kata Nishiyama, Tama secara rasmi ‘dilantik’ sebagai penyambut tetamu di stesen Kishi dan memulakan tugas sulungnya itu pada awal tahun 2007.

“Stesen ini mula meraih sambutan sedikit demi sedikit dan lama kelamaan, ia menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara yang datang semata-mata untuk melihat sendiri kecomelan Tama,” ujarnya.

Tambah Nishiyama, syarikat yang dahulunya rugi hampir AS$4.7 juta (RM16.9 juta) setahun kini mampu menjana keuntungan sehingga AS$10.4 juta (RM37.4 juta) menerusi kehadi*ran Tama sebagai ikon di stesen itu.

“Ia kemudiannya ‘dilantik’ sebagai pengurus stesen pada tahun 2008 dan diberi dua ekor pembantu iaitu Chibi dan Miko. Tama dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai pegawai operasi stesen pada tahun 2010 sebagai pengiktirafan kepada kejayaannya memulihkan pendapatan syarikat,” katanya.

Menariknya, pihak syarikat juga membina sebuah gerabak khas bertemakan kucing baka Calico itu pada tahun 2009.

Gerabak yang diberi nama Tama Densha yang bermaksud kereta api Tama itu turut dilengkapi perpustakaan mini dan kafe dengan hiasan dekorasi menarik seperti kerusi berbentuk kucing.

Selain itu, bangunan stesen kereta api Kishi turut diubah suai dengan bumbungnya menyerupai kepala kucing.

Di stesen unik tersebut, pelbagai aksesori dan barangan cenderamata seperti buku nota, pen, baju-T, mug, topi serta rantai kunci berasaskan karakter kucing itu boleh didapati dengan mudah.

“Tama menerima gaji bulanan menerusi bentuk makanan kucing berjenama mewah. Ia juga memiliki gaya hidup seakan-akan selebriti kerana sering muncul dalam rancangan televisyen,” kata Nishiyama yang bertanggunjawab menguruskan jadual kerja, memberi makan dan mengendalikan pelancong yang datang melawat kucing unik itu.

Kini, selepas lebih lapan tahun diberi kepercayaan menerajui stesen kereta api itu, Tama bakal menamatkan kariernya bila-bila masa sahaja kerana faktor usia yang semakin tua.

“Kami sudah melantik seekor kucing lain yang diberi nama Nitama untuk menggantikan Tama jika ia sudah tiada kelak,” katanya. - KOSMO!

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

KUCING DILANTIK SEBAGAI PENGURUS STESEN KERETA API

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman