Skip to main content

Kucing Jalanan Menyelamatkan Bayi Dibuang

Kucing Jalanan Menyelamatkan Bayi Dibuang

RUSIA: Jika tidak kerana kucing jalanan, bayi lelaki berusia antara dua hingga tiga bulan yang ditinggalkan dalam kotak di tangga luar flat Obninsk, wilayah Kaluga, di sini, mungkin maut akibat kesejukan ketika suhu sekitar kawasan berkenaan kurang daripada 0 darjah celsius, baru-baru ini. 

Kucing yang diberi nama Marsha itu bagaikan penyambung nyawa bayi berkenaan apabila masuk ke dalam kotak dan memanaskan badan bayi itu dengan bulunya selama beberapa jam selain menjilat bahagian muka. Penduduk sekitar menemui kucing berkenaan dalam keadaan seperti melindungi bayi itu selepas terdengar bunyi kucing mengiau dengan kuat. “Bayi itu berada di tangga luar flat selama beberapa jam. 

Terima kasih kepada Marsha yang menjaganya,” kata seorang jurucakap hospital kepada Central European News.

Kucing Jalanan Menyelamatkan Bayi Dibuang

Dalam pada itu, penduduk flat berkenaan, Nadezhda Makhovikova, yang ditemubual RT berkata, dia menjenguk ke kawasan tangga berhampiran rumahnya selepas mendengar bunyi kucing mengiau seperti dalam keadaan kesusahan. “Apabila saya melihat ke dalam kotak, saya lihat ada bayi menangis dan ada kucing di sisinya,” katanya. 

Anggota paramedik, Vera Ivanina pula berkata, apabila anggota paramedik tiba dan membawa bayi itu, Marsha mengejarnya. “Marsha seperti amat risau ke mana bayi yang diselamatkannya hendak dibawa. Kucing itu berlari di belakang kami dan mengiau dengan kuat,” katanya.

Kucing Jalanan Menyelamatkan Bayi Dibuang

Bayi yang ditemui dalam keadaan berpakaian bersih bersama lampin itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat meskipun beberapa jam ditinggalkan dalam keadaan cuaca sejuk. Sejak itu, Marsha dimanjakan dan diberi makanan yang banyak oleh penduduk flat berkenaan dan kawasan Polis tempatan pula melancarkan gerakan mencari ibu bapa bayi itu dan kini dijaga oleh pihak hospital buat sementara waktu.




Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman