Skip to main content

Sayu: Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin Kini Menderita Penyakit Alzheimer

Kemaskini: Diatas permintaan keluarga Jins Tan Sri Jins Shamsuddin, Gambar keadaan beliau sekarang tidak dapat dikongsikan

Masih ingat lagikah dengan Hero filem Bukit Kepong yang juga bekas Ahli Dewan Negara Tan Sri Jins Shamsuddin? Sudah lama kita tidak mendengar khabar beliau.

Hero filem Bukit Kepong ini meninggalkan kesan mendalam dalam dunia keselamatan negara. Kerana keberkesanan lakonannya ramai pemuda pemudi menyedari betapa perlu mempertahankan negara dan menyertai unit keselamatan negara seperti Polis dan tentera. 

Namun, sejak azalinya Tan Sri Jins Shamsuddin sentiasa berusaha bersungguh-sungguh bukan sahaja dalam bidang lakonan namun tugasannya sebagai orang kuat FINAS suatu ketika dulu. Sayu hati penulis melihat keadaan Jins Shamsuddin yang semakin kurus dan uzur. 


Sayu: Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin Kini Menderita Penyakit Alzheimer
Jins Shamsuddin ketika masih sihat menerima kunjungan rakan-rakan di rumhnya.
Apa yang hairannya di sini, Jins sebagai orang kuat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum ini mengapakah tiada apa-apa liputan perkhabaran mengenainya? Lebih-lebih lagi dengan keadaannya sekarang ini.

Menurut laman blog berkenaan, isterinya Puan Sri Halijah Abdullah, 54, berkata suami itu kini sukar mengingati perkara lalu tetapi tidak pernah berhenti memikirkan soal pekerjaannya.

"Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius.
"Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke Finas untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya," ujar Halijah.

Sama-sama kita doakan agar Tan Sri Jins sentiasa diberi kesihatan untuk terus bersama keluarga nya. Jasa Tan Sri Jins Shamsuddin terhadap industri perfileman Malaysia sentiasa di kenang dan wajar menjadi contoh kepada pelakon-pelakon generasi baru sekarang. 

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman