Skip to main content

Biar Anak Makan Depan TV, Ibu Bapa Rugi 5 Perkara Ini!

Ingat lagi tak bagaimana waktu makan kita dulu? Menjadi rutin semua adik beradik perlu berkumpul di meja untuk makan bersama.

Bagi yang melalui zaman kehidupan susah, lauk sedikit dikongsi bersama. Waktu inilah hadirnya senda gurau bersama adik beradik. Ini antara hikmah makan bersama.

Tapi situasi sekarang bagaimana? Adakah kita membesarkan anak dengan rutin yang sama? Hari ini ramai ibu bapa membiarkan anak makan sendiri tak kurang juga membiarkan anak makan di hadapan TV.

Biar Anak Makan Depan TV, Ibu Bapa Rugi 5 Perkara Ini!

Malah ibu bapa sendiri turut melakukan perkara yang sama. Hakikatnya ibu bapa yang melakukan rutin makan sendiri-sendiri ini telah kerugian lima perkara berharga bersama dengan anak.

1. Melepaskan waktu berkumpul sekeluarga
Sehari bekerja, waktu makan malam terutamanya adalah satu-satu masa dalam sehari untuk anda dan anak berkumpul sebagai satu keluarga. Anda telah melepaskan waktu berharga ini.

2. Kerugian masa sembang paling rileks
Di meja makan inilah selalunya akan keluar cerita dari mulut anak tentang apa yang mereka alami pada hari itu. Malah inilah juga masa paling baik untuk ibu bapa selitkan nasihat pada anak tanpa ada apa-apa tekanan.

3. Waktu ajar anak cara pemakanan yang betul dan adab di meja makan
Ini masanya untuk galak anak makan sayur dengan menunjukkan contoh kepadanya. Pada masa yang sama ibu bapa akan perhatikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di meja makan.

4. Masa terapkan tanggungjawab
Waktu makan juga sebenarnya masa untuk ibu bapa mengajar anak tentang perkongsian tanggungjawab kerja rumah. Baik anak lelaki atau perempuan, bahagikan kepada mereka tugas menghidang, membasuh pinggan dan mengemas meja.

5. Makna perkongsian
Goreng dua ekor ikan dan ajak anak berkongsi makanan seperti mana yang pernah ibu bapa lakukan dahulu. Hikmahnya bukan saja mengajar anak berkongsi tapi menambah kemesraan antara anak beranak. Anda tak dapat mengajar perkara ini jika biarkan mereka makan sendiri.

Bagi yang tidak menjadikan makan malam bersama anak-anak satu rutin, belum terlambat untuk mempraktikkannya. Nanti anda akan dapat lihat perbezaannya. Ada banyak nilai kasih sayang dalam waktu makan yang mungkin tak sampai satu jam.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman