Skip to main content

Cara Simpan Stok Makanan Agar Tahan Lebih Lama Ramai Terlepas Pandang Cara Ni!

Ada banyak petua lama yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lama bagi mengelakkan makanan atau sayuran itu cepat busuk. Cara atau petua lama yang diamalkan juga mudah dan boleh dilakukan oleh generasi muda.

Cara Simpan Stok Makanan Agar Tahan Lebih Lama Ramai Terlepas Pandang Cara Ni!

Makanan kalau disimpan dengan cara yang betul, ia dapat tahan lebih lama dan tidak mudah rosak. Cara ini dapat mengelak dari berlakunya pembaziran makanan.

Bahan-bahan seperti bawang, kentang dan sayur-sayuran akan cepat busuk dan rosak kalau disimpan dengan cara yang salah. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang mudah untuk anda cuba.

1)Bawang – Bawang antara bahan makanan yang mudah rosak dan busuk jika disimpan di tempat yang lembab atau basah. Anda perlu pastikan bawang disimpan di atas rak yang kering dan mendapat pengudaraan yang baik. Anda juga boleh simpan bawang dalam karung kertas. Karung kertas itu dapat menyerap kelembapan yang berlebihan. Elak menyimpan bawang dalam beg plastik kerana ini akan mengakibatkan bawang tersebut akan berkulat dan busuk. Manakala bawang yang telah dipotong perlu disimpan dalam bekas kedap udara setelah itu baru disimpan dalam peti sejuk. Bawang yang telah dipotong jika dibiarkan terdedah boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan keracunan makanan.

2) Kentang – Seperti juga bawang, kentang mudah berkulat dan busuk jika disimpan di tempat yang lembab dan basah. Satu petua yang boleh anda cuba adalah menyimpan kentang dengan buah epal untuk mengelak tumbuhnya tunas pada kentang. Pastikan kentang juga disimpan atas rak yang mendapat pengudaraan yang baik.

3) Sayur-sayuran – Seeloknya sayur-sayuran yang mudah rosak seperti brokoli, bayam dan sebagainya disimpan terlebih dahulu dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sayur-sayuran yang telah dicuci bersih pula, perlulah disimpan dalam bekas kedap udara agar ia tahan lebih lama. Bungkus sayuran dengan paper towel. Setelah dicuci bersih, membungkus sayuran dengan paper towel akan mengurangi kelembapan sayur sehingga lebih tahan lama.

4) Cendawan – Cara paling sesuai untuk menyimpan cendawan segar adalah dengan memasukkannya ke dalam plastik yang ditebuk dengan lubang-lubang kecil untuk pengudaraan. Kemudian disimpan dalam peti sejuk agar ia segar bila hendak dimasak. Manakala cendawan yang kering pula, perlulah di simpan di tempat yang kering atau dalam bekas kedap udara dan elakkan dari terkena air.

5) Keju – Menyimpan keju juga perlu diberi perhatian. Keju jika disimpan pada suhu yang panas akan mempercepatkan tumbuhnya kulat pada permukaan keju. Keju harus disimpan di tempat yang sejuk dan dalam bekas yang tertutup.

6) Kelapa Parut - Untuk membuatkan ia tahan lama sehingga dua hari, kukus kelapa parut selama 10 minit. Kemudian simpanlah dalam peti sejuk.

7) Buah-Buahan - Rendam buah dalam cuka. Setelah itu bilas dengan air bersih lalu keringkan. Simpan di dalam kotak yang telah dilubangkan.

8) Untuk mengelakkan makanan anda cepat basi, cuba masukkan dua atau tiga keping asam gelugor dalam apa jua masakan anda selepas dimasak.

Semoga artikel cara simpan makanan agar tahan lebih lama ini membantu anda mendapat maklumat tambahan untuk menyimpan bahan-bahan makanan agar tidak mudah rosak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman