Skip to main content

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain. 

Wanita Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula.

Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit.

Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum wanita.


1. Rebusan serai & halia

Bahan-Bahan:
– 3 batang serai
– 4cm halia 2 ketul

Cara-Cara:
Kedua-dua  bahan ini perlu diketuk.
Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam.
Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.

Khasiat kesihatan:
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.

2. Rebusan sireh

Bahan-Bahan:
– Daun sireh 3 atau 5 helai.

Cara-Cara:
Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water)
Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam.
Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.

Khasiat kesihatan:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3. Rebusan sireh & daun inai

Bahan-Bahan:
– 3 ke 5 helai daun sireh
– segenggam daun Inai

Cara-Cara:
Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.

Khasiat kesihatan:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.

4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit

Bahan-Bahan:
– 2/3 batang serai di ketuk
– 3cm halia (tua/muda) di ketuk
– 2cm kunyit di ketuk
– sedikit kulit kayu manis
– bunga cengkih /bunga lawang
– daun pandan sehelai
– sedikit Madu Susu (Raw Honey)

Cara-Cara:
Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.

Khasiat kesihatan:
Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.

Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...