Skip to main content

Bayi Berusia Setahun Melecur Teruk Gara-Gara Salah Faham..Sebarkan Agar Pelaku Dapat Diberkas..

Seorang bayi perempuan berusia 1 tahun 3 bulan, melecur di seluruh badan akibat terkena minyak panas dalam kejadian 14 November lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam sebuah gerai makan di Bukit Ampang, mangsa, Nor Alissha Jannah Abdullah, terkena tumpahan minyak panas dari kuali yang ditendang oleh salah seorang dari tiga lelaki yang tidak berpuas hati dengan seorang pekerja gerai bapanya.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, salah seorang pekerjanya yang sedang memasak secara tidak sengaja tertumpahkan minyak masak yang panas lalu terkena pada kaki suspek.
Pemilik itu kemudian memohon maaf di atas perkara tersebut, namun suspek terus beredar dari gerai tersebut sebelum kembali semula membawa dua lagi rakannya.
“Tiba-tiba datang dua lelaki yang tidak dikenali menyerang dan menumbuk badan saya. Salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja tersepak kuali minyak panas lalu terkena pada saya, isteri dan anak.
“Akibat dari pergaduhan itu, saya mengalami kecederaan melecur di kaki dan isteri saya melecur di badan serta anak saya juga melecur seluruh badan,” katanya.
Jelas bapa mangsa, ketiga-tiga suspek itu sebenarnya menyasarkan pekerjanya tetapi dua rakan suspek utama tersilap orang dan menyangka dia yang menumpahkan minyak panas pada kaki suspek utama menyebabkan dia diserang.
Ketiga-tiga mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, namun keadaan bayi mereka masih dalam keadaan kritikal.
Menurut sumber, suspek utama berasal dari Semporna, Sabah dan pernah bekerja di premis makanan segera, McDonald’s Ampang Point.
Gambar mangsa dan suspek kini viral di media sosial dan netizen diseru untuk menyebarkan gambar suspek agar lelaki itu segera ditahan untuk tindakan undang-undang.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman