Skip to main content

Ketahui 6 Langkah Mudah Yang Boleh Diamalkan, Dalam Pengurusan Sampah Dengan Lebih Bijak


Dalam memastikan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar, faktor kebersihan perlu dititikberatkan terlebih dahulu. Aspek pembuangan sisa sampah perlu juga diambil serius oleh orang ramai, ini kerana ia dapat membantu dalam proses mengurangkan sisa buangan  dengan lebih baik.

Kesedaran telah diberikan oleh banyak pihak dalam pelbagai cara, seperti iklan di televisyen, edaran pamplet, atau membuat aktiviti gotong- royong, namun ada segelintir yang masih kurang peka akan perkara ini.

Admin turut merasakan pengurusan sampah perlu dipratikkan walau di mana sahaja kita berada, dan di sini, admin ingin kongsikan, bagaimana lelaki ini mengamalkan pengurusan sampah dengan lebih praktikal dan teratur. Jom kita tengok cara terbaik dalam pengurusan sampah, perkongsian oleh, saudara Marwan Mahmud WM ini.



Jom Kita Amalkan Pengurusan Sampah Dengan Lebih Bijak Dengan 6 Langkah Mudah!


1. Bersihkan bekas makanan yang kotor. Penting untuk elakkan bau busuk dan jugak semut-semut.


2. Letakkan dalam satu tong sampah utama di rumah (untuk kurangkan semak sebab banyak tong sampah). Pastikan ia sampah yang bersih dan kering.


3. Asingkan sampah mengikut jenis (plastik, kertas dan lain-lain).


4. Letakkan dalam tong sampah yang telah dikhaskan untuk setiap jenis (jangan kedekut, labur la sedikit wang untuk beli tong sampah berasingan).


5. Ikat dengan kemas dan labelkan setiap jenis sampah supaya pemungut sampah tau isi kandungannya. Sentiasa permudahkan kerja orang ye.


6. Janganlah dicampak sampah-sampah kitar semula tu dalam tong sampah besar. Nanti kesian pemungut sampah kena geledah pulak. Jikalau kita letakkan semua barangan untuk kitar semula ke dalam tong sampah besar tu, ia akan menyusahkan para pekerja pengutip sampah untuk asingkan pula. Bukan itu saja, mereka terpaksa "bergelumang" dalam sisa-sisa sampah yang lain, busuk dan kotor. Jika diletakkan di bawah atau di luar tong sampah, dikhuatiri akan selongkar oleh binatang liar pula. Kesian pengutip sampah nak kena bersihkan lagi.

Dah settle! Mudah kan? Ada yang kata susah dan leceh.. Alah bisa tegal biasa.. Kalau nak berubah jadi masyarakat yang berpemikiran Kelas Pertama, inilah yang perlu kita lakukan dan jadikan kebiasaan. Selamat mencuba!!

p/s: Terima kasih kepada isteri dan anak-anak sebab support "kerja gila" abah ni

Tiada lagi alasan untuk tidak melakukan pengurusan sampah dengan baik selepas ini. Boleh sahaja mulakan dari rumah, ini bukan sahaja untuk memudahkan kerja-kerja pengasingan sampah oleh pihak berwajib, tetapi dapat mendidik anak-anak akan pentingnya mengamalkan cara ini. Jom kita terapkan budaya ini.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman