Skip to main content

Nak Tangkap Orang Yang Selalu Calarkan Kereta, Sanggup Sebulan Tidur Dalam Kereta

Geram sebab keretanya selalu dicalarkan oleh seseorang yang tidak diketahui, seorang lelaki Belorusia akhirnya berjaya menangkap pelaku dalam perbuatan itu selepas tidur di dalam kenderaan itu selama sebulan.

Selepas menyedari keretanya kerap calar selama 6 bulan yang lepas, pemilik Volkswagen Polo ini, Matroskin mula mencari petunjuk tentang siapa yang mencalarkan keretanya.

Pada mulanya, pemilik kenderaan itu hanya mengagak bahawa kesan calar berkenaan adalah daripada cara pemanduannya. Tapi beliau pelik kerana kesan calar semakin banyak pada badan keretanya.

Beliau yang mula curiga dengan kesan calar berkenaan, pada mulanya meletakkan sekeping nota pada cermin kereta, bertanya kenapa perlu mencalarkan keretanya. Di atas nota itu, beliau turut meletakkan alamat email, dikhuatiri jika orang yang mencalarkan keretanya itu takut untuk berjumpa dengannya. Namun cara ini tidak berkesan.



Seterusnya, Matroskin meletakkan kamera tersembunyi dalam kereta, tetapi masih tidak berjaya mengesan punca calar berkenaan.

Tidak berpuas hati selagi tidak berjaya mengesan punca calar, beliau kemudiannya nekad untuk duduk didalam kereta bagi mencari punca calar berkenaan.

Hampir sebulan beliau tinggal dan tidur didalam kereta, akhirnya pada 27 November, jam 5.40 pagi, kedengaran seseorang melintasi keretanya diikuti dengan bunyi besi yang digesel pada badan kereta.

Puncanya adalah daripada seorang wanita tua yang memakai topi ini.



Sebab kenapa dia calarkan kereta? Suka-suka.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman