Skip to main content

Perhatian! Jangan Beri Anak Dos Ubat Berlebihan. 5 Perkara Wajib Tahu. Sila Sebarkan..

Soalan:
Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Dia kerap demam, sesak nafas, selesema dan batuk. Setiap kali ibu mentua memberinya ubat, pasti dia akan memberinya dalam dos yang berlebihan. Katanya bagi lebih biar cepat baik. Adakah ia akan memberi kesan sampingan kepada anak saya?
Jawapan:
Ubat-ubatan yang diberikan kepada kanak-kanak selalunya berpandukan kepada berat badan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Ubat yang diberikan dalam dos berlebihan tidak akan mempercepatkan proses pemulihan mereka. 
Sebaliknya mereka boleh mendapat kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Terutamanya ubat demam kerana dos berlebihan boleh memberi kesan kepada hati (liver) kanak-kanak tersebut.
5 perkara penting anda perlu beringat tentang ubat si anak:

1.    Anda perlu selalu memastikan bahawa anda memberikan dos yang betul pada anak ketika memberinya ubat.
2.    Ubat yang tidak disimpan dengan betul mungkin tidak akan berkesan dan bayi anda akan tidak sihat untuk jangka masa yang lebih lama.
3.    Sebelum memberi sebarang ubat kepada bayi, anda hendaklah baca arahannya dengan teliti. Periksa tarikh luput ubat tersebut pada botol atau paketnya. Jika tarikhnya sudah luput, buang ubat itu, walaupun botolnya masih penuh.
4.    Biasanya terdapat nota pada pakej ubat yang menyatakan bagaimana ia seharusnya disimpan. Sesetengah ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Sesetengah yang lain pula perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh daripada sinaran matahari.
5.    Sentiasa simpan ubat-ubatan jauh daripada capaian kanak-kanak. Tempat yang ideal ialah almari tinggi atau kotak yang berkunci. Tutup semula penutup ubat sebaik sahaja anda selesai menggunakannya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman