Skip to main content

Adakah Perlu Untuk Kita Meninggikan Suara Semasa Berzikir Selepas Solat? Ini Sebabnya...


�Dalam Sahihain dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata:

ُكنَّا نَعْرِفُ انْقِضَاءَ الصَّلاَةِ فِي عَهْدِ النَّبِي عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِرَفْعِ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ

“Ertinya: Dahulu kami mengetahui selesai solat pada zaman Nabi dengan suara zikir yang kuat”.

إن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي صلى الله عليه وسلم وأنه قال أيضا: كنت أعلم إذا انصرفوا بذلك إذا سمعته

�"Dari Ibnu Abbas ra. : "Sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib, adalah biasa pada masa Rasulullah. Ibnu Abbas ra. berkata, "Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, kalau suara mereka telah kedengaran". [Hadis riwayat al-Bukhari #805 dan Muslim #563].

� Berkata Imam al-Nawawi dalam Sharh Muslim bahawa ini adalah dalil yang menyatakan bahawa sebahagian ulama' salaf mengata mustahab atau digalakkan meninggikan suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardu. Ini juga merupakan pendapat Ibn Hazm al-Zhahiri. Mazhab Syafie menyatakan bahawa dikuatkan suara didalam zikir dengan tujuan mengajar.

Begitu juga dengan kata2 Ibn Taimiyyah yang dicatatkan didalam Kashaf al-Qinaa' (1/366).

‎ قال الشيخ [أي ابن تيمية] : ويستحب الجهر بالتسبيح والتحميد والتكبير عقب كل صلاة�

"Berkata al-Shiekh (iaitu Ibn Taimiyyah) adalah digalakkan menguat/keraskan suara dengan tasbih,tahmid dan Takbir selepas setiap solat fardu". (lihat juga : al-Fatawa al-Kubra [5/336]).

Berkata Imam Asy-Syafie dalam kitab Al-Umm bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menguatkan suaranya ketika berzikir adalah untuk mengajar orang-orang yang belum melakukannya.
Kesimpulannya: tak perlu bergaduh dalam perkara cabang dan kecil seperti ini. Selama mana ada dalil, jalan terbaik adalah berlapang dan menghormati pegangan masing-masing.


Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman