Skip to main content

Hari telur berdiri atau Lup Choon: Fenomena telur berdiri masih misteri

Semalam merupakan Hari Telur Berdiri atau Lup Choon dalam kalendar Cina, yang mana tepat jam 12 tengah hari, telur boleh diletakkan berdiri untuk beberapa ketika.
Telur berdiri adalah fenomena alam biasa seperti mana fenomena lain seperti laut pasang besar (Fullmoon) dan fenomena Halo (lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan walaupun ia sering dikaitkan dengan mitos tertentu.
Hari telur berdiri atau Lup Choon: Fenomena telur berdiri masih misteri
Hari telur berdiri atau Lup Choon: Fenomena telur berdiri masih misteri
Fenomena air laut pasang besar dikenali juga sebagai Perigee berlaku ketika bulan purnama apabila bumi menghampiri bulan yang menyebabkan graviti bulan menarik paras air laut sebelum surut semula kerana bumi berpusing sementara fenomena Halo pula disebut sebagai fenomena optik yang mana ia berlaku akibat biasan daripada kristal air atau ais dalam awan sirus.
Hanya kerana ia jarang dibincangkan, fenomena telur berdiri yang dikatakan berlaku semasa tempoh Ekuinoks iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi selari masih kekal sebagai misteri.
Apatah lagi dalam kehidupan moden hari ini, masyarakat Cina sendiri ramai yang tidak memberi perhatian serius kepada fenomena itu walaupun sesetengah dari mereka menganggap keupayaan meletakkan telur berdiri membawa keuntungan.
Segelintir pula mengatakan ia tiada kaitan dengan kedudukan bulan dan matahari, sebaliknya telur boleh diletakkan berdiri pada bila-bila masa sahaja ketika berlaku tarikan graviti.
Penduduk setempat, Chan Loe Yee, 70, berkata, hari itu dinamakan juga sebagai Tuan Uoo Zet dan merupakan hari yang dinanti-nantikan bagi mereka yang mengetahui keistimewaannya.
Katanya, kaum Cina pada masa lampau meraikan kedatangan hari tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menjamu kuih ‘Chang’ yang dibungkus seakan-akan ketupat.
“Di premis perniagaan telur syarikat SPSB di bandar ini, pekerja syarikat berjaya meletakan hampir 100 telur secara berdiri setiap tahun dan ia menjadi acara tahunan yang agak berbeza dan santai sehingga menarik perhatian pelanggan.
“Ini bukti masih terdapat generasi kaum Cina yang memberi tumpuan fenomena aneh dalam kalendar mereka dan sekalipun ia kekal sebagai misteri, ia sekurang-kurangnya mengajak kita untuk berfikir mengenai keunikan alam,” katanya.
Menurutnya, sehingga ke hari ini, tidak ada perincian yang jelas daripada ilmuan dunia mengenai fenomena tersebut tetapi katanya, ia menganggap logiknya berdasarkan fenomena laut pasang besar yang mana kedua-duanya berlaku kerana graviti.
Apa yang nyata katanya, masyarakat Cina sinonim dengan bulan sehingga menjelang Tahun Baharu Cina, mereka menyediakan makanan istimewa yang dikenali sebagai kuih bulan.
“Ada hari di mana suatu ketika masyarakat Cina mengamalkan tradisi duduk dan memerhatikan bulan mungkin kerana bulan mempunyai kaitan rapat dengan kejadian di bumi, mungkin juga dengan melihat bulan masyarakat masa itu mendapat petanda mengenai sesuatu yang berlaku di bumi,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul Gahani Muhammad, 58, berkata, dia langsung tidak mengetahui tentang telur berdiri dan Halo tetapi sudah biasa dengan fenomena laut pasang besar.
Katanya, dahulu penduduk terlibat tidak mengetahui punca sebenar kejadian laut pasang besar tetapi pernah mengalaminya sehingga terpaksa meninggalkan kawasan pantai.
“Saya tak tahu ia berlaku kerana graviti ke apa, yang pakcik tahu air laut pasang besar berbanding waktu biasa, bezanya sekarang sebelum berlaku sudah ada pihak memaklumkannya.
“Sebenarnya apa sahaja yang berlaku merupakan fenomena termasuk hujan juga tetapi kerana hujan berlaku terlalu kerap maka kita menganggapnya sebagai perkara biasa, ia tetap menakjubkan bagi mereka yang memikirkannya.

“Semua itu menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang menciptakan alam ini, fenomena-fenomena alam itu hanya sebahagian kecil yang kita sedari dan yang penting kita bersyukur kerana diberi peluang menikmati alam yang hebat ini, “ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman