Ketika isteri sedang menyediakan sarapan di dapur, tiba-tiba anak nombor 2 menangis. Rupa-rupanya anak kencing di atas katil. Lagi sakit, anak nombor 4 minta dibuatkan susu. Alahaaiii.... terkejar-kejar isteri nak buat dua benda! Dari bilik tidur ke dapur, suami ada hanya duduk bersandar sambil menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan apatah lagi untuk membantu isteri. Senang ayat suami selalu guna, 'isteri kan tak kerja, dialah yang kena uruskan hal-hal kat rumah...' Dalam situasi ini, bagaimana pula jika isteri bekerja dan terpaksa buat perkara yang sama di rumah. Kalau suami anda seorang yang ringan tulang, tak salah rasanya sama-sama membantu. Isteri kerja pun untuk tolong suami juga. Suami sudah tentu ada egonya sendiri dan mungkin anggap kerja-kerja rumah ini hanya boleh dilakukan oleh isteri sahaja. Suami hanya cari nafkah. Tak salah, suami ringankan kerja isteri di rumah, barulah hidup harmoni dan saling tolong-menolong. Kalau nak harapka...
Rakan Sebaran Informasi Terkini