Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sedekah

Kisah Benar Tauke Briyani Yang Banyak Memberi Tapi Tak Miskin-Miskin. Rupa-Rupanya Ini Sebabnya...

Semalam saya pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur semula. Dua hari berada di sana untuk memberi sebuah kursus fotografi professional anjuran akademi yang saya asaskan. Selepas saya memuatnaik sebuah foto dari bilik hotel yang menampakkan pemandangan indah Melaka sehingga nampak ke Kota Melaka sekali, saya disapa oleh ramai di dalam facebook wall. Namun tak semua yang benar-benar serius. Saya anggap semua itu pelawaan selamat datang sahaja di wall saya. Namun ada seorang individu ini beliau PM saya, dan mengajak saya dan keluarga makan di restoran tandoori yang terbaik pada beliau di negeri Melaka. Saya terpaksa menolaknya kerana ada urusan yang padat. Beliau memahami program saya dan kemudian bertindak untuk menghantar makanan ke hotel saya. Dalam hati saya, orang ini memang serius. Beliau bersama anak dan isterinya berjumpa saya pada hari pertama dengan bungkusan tandoori. Pertemuan singkat kerana saya terpaksa hadir urusan yang telah dijadualkan. Alhamdulillah, esoknya beliau m...

10 Cara Kreatif Bersedekah

Sedekah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam. Allah s.w.t sendiri menjanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran buat mereka yang gemar bersedekah seperti panjang umur, mencegah dari mati dalam keadaan yang teruk, menghapuskan sikap sombong dan sebagainya. Jika kita menelusuri sirah baginda Rasulullah s.a.w, sangat jelas bahawa baginda adalah seorang insan yang paling gemar bersedekah walaupun baginda sendiri serba kekurangan sehinggakan terpaksa berlapar dan dahaga. Begitu juga dengan kisah para sahabat baginda yang terdidik dengan sikap suka bersedekah. Keluasan Konsep Sedekah Umat Islam perlu lebih kreatif melihat konsep sedekah. [ Ibrummer ] Namun ramai dari umat Islam hari ini menyempitkan definisi sedekah yang menyebabkan aktiviti sedekah itu hanya terhad kepada beberapa perkara sahaja seperti memberi wang kepada mereka yang meminta atau memerlukan. Sedangkan konsep sedekah itu sangat luas seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w, “Tiap-tiap anggota daripada ma...