Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tip Cinta

Inilah Caranya Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna. Percaya Atau Tidak?

Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah ).. Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok.. 1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita. 2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan. 3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja. 4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kak...

Wanita Perlu Baca! 5 Bukti Si Dia Cintakan Anda Kerana Allah SWT

Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”   Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna. Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan. Jantung berdegub laju dan tangan menjadi sejuk. Itulah tanda-tanda awal virus cinta sudah mula berjangkit dan sedang menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai. Lalu apa yang harus dilakukan ? Pasrah dan menerima cinta kerana...

Apabila Sudah Tiada Jodoh, Mungkin Anda Kena Tengok Semula 9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu - Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. 2. Harapan / Kebebasan - Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat. 3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan - Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita...

Wanita Jangan Ambil Mudah, Lelaki Pun Ada Perasaan Juga Ya!. Fahami Tanda-Tanda Orang Lelaki Sebenarnya Merajuk Walaupun Nampak Cool...

Diam Seribu Bahasa Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud. Menolak Untuk Makan Bersama Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… ) Masam Muka Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah...

Perhatian Para Wanita Yang Setia, Inilah 5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan Dan Waktunya Untuk "Move On"

1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya. 2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda. 3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu. 4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai...

4 Sebab Wanita Sukar Putuskan Hubungan

1) Tetap Mengharap Pasangan Berubah -Terus menyimpan keinginan dan harapan bahawa pasangannya akan berubah menjadikan wanita tega berendam air mata.Meskipun sekian lama memendam rasa,wanita tetap membayangkan masa depan yang cerah bila pasangannya berubah kelak.Seharusnya wanita juga perlu memikirkan bagaimana keadaan masa depannya nanti jika pasangannya tetap tidak berubah.Ini akan membuatkan fikiran wanita lebih terbuka dan mampu menilai dengan wajar samada hubungan yang ada perlu dipertahankan atau tidak. 2 )Menganggap Pasangan Amat Perlukan Dirinya -Tidak kurang wanita yang sering berfikir bahawa dirinya amat diperlukan oleh pasangan hingga timbulnya kebimbangan,jika hubungan putus,pasangannya akan melakukan sesuatu yang merosakkan.Misalnya mengambil minuman keras dan menjadi pemabuk,hilang semangat menjalani hidup dan sebagainya.Padahal hidup seseorang ditentukan oleh dirinya sendiri.Begitu juga wanita,seharusnya mereka mampu menentukan kebahagiaan hidup sendiri dulu sebelum ...

Mesti Baca! 7 Perkara Boleh Jadi Penyebab Anda & Si Dia Gagal Kahwin

Mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang dicintai menjadi impian dan harapan setiap orang, tak kira lelaki mahupun wanita.Namun, perjalanan dalam membina mahligai impian tersebut bukanlah mudah bagi sesetengah orang. Ada yang sudah bertunang, melamar, menetapkan tarikh perkahwinan serta mengirimkan undangan, kemudian membatalkan perkahwinan menyebabkan pelamin anganku musnah! Gagal berkahwin atau pelamin anganku musnah adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh sesiapa sahaja. Sebagai insan biasa, perasaan bimbang itu wajar. Jadi sebab itulah, tidak ada salahnya jika anda mengetahui beberapa perkara yang mungkin akan membuatkan anda teragak-agak untuk mendirikan rumahtangga. Dengan mengetahuinya, sekurang-kurang anda boleh menghindari dan berjaga-jaga agar perkara-perkara tersebut tidak menimpa anda bersama pasangan anda nanti. Berikut ada 7 perkara yang boleh menggagalkan impian anda untuk berkahwin bersama orang yang anda cintai: Cinta Lalu Kembali Bersemi Salah satu ...

Semak! Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Yang Anda Sukai

   Sukar untuk mencari pasangan yang sesuai? Bimbang untuk membina hubungan? Katakanlah, jika anda sedang menyimpan perasaan pada seorang lelaki, tentunya anda akan berusaha menyelidik latar belakang si dia. Kali ini kami mahu berkongsi rahsia tarikh lahir lelaki yang bersesuaian dengan karakter diri anda. Rahsia Tarikh Lahir Jika pasangan anda lahir pada 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 1. Lelaki daripada golongan ini sangat cerdik, jujur dan berterus-terang dalam perhubungan.  Mereka seorang yang berdikari, berkeyakinan dan mempunyai sikap memimpin. Mereka juga boleh dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang. Namun begitu, mereka sangat cemburu ketika dalam hubungan dan biasanya mereka akan menyimpan dendam yang agak lama. Jika pasangan anda lahir pada 2hb, 11hb, 20hb dan 29hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 2. Lelaki dalam kategori ini kurang berkeyakinan pada diri sendiri walaupun orang di sekeli...

Sikap Wanita Yang Dibenci Oleh Lelaki

Ada beberapa sikap wanita yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian suami tanpa mereka sedari. Apakah sikap tersebut?    Lama bersiap  Kebanyakan lelaki tidak sabar menunggu isterinya bersiap atau berdandan hanya untuk makan malam di restoran.  Lelaki selalunya tidak faham mengapa wanita harus mengambil masa yang lama untuk bersiap kerana mereka boleh melakukannya dalam tempoh lima minit saja.   Berbicara tentang hubungan Lelaki dan wanita sememangnya berbeza. Kalau wanita seperti yang dikatakan tadi suka tentang hal perhubungan dan cara memantapkannya, lelaki pula sebaliknya. Mereka selalunya tidak suka jika isteri terus menerus terus membicarakan hubungan mereka suami isteri.   Mengajar cara memandu Bagi lelaki juga kereta adalah istana dan perkara yang cukup disayanginya. Jadi tak hairanlah jika lelaki sanggup berhabisan untuk memastikan istananya itu cantik.  Ketika berada dalam istananya, perkara yang paling tidak disuka...