Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Rezeki

5 Amalan Yang Anda Perlu Buat Untuk Perolehi Keberkatan Rezeki Yang Tak Pernah Putus. Jom Kongsi...

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena. Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat. Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman....

Jika Anda Lakukan 10 Amalan Ini Selama 40 Hari Insya Allah Rezeki Anda Akan Melimpah Dan Kaya Raya

Ustaz Yusuf Mansur mengatakan bahawa tidak ada sesuatu yang tidak mungkin selama kita berusaha. Demikian juga keinginan menjadi orang kaya, banyak wang dan rezeki berlimpah, bukankah Muslim itu wajib kaya?  Kerana itu berikut ini diajarkan riyadhah atau amalan yang jika rutin dilaksanakan selama terus menerus, Insya Allah akan mendapatkan rezeki berlimpah. Untuk tahap pembelajaran dimulai selama 40 hari terlebih dahulu. Diharapkan setelah 40 hari masih terus melaksanakan amalan tersebut bahkan lebih ditingkatkan aktivitinya. Seperti halnya Allah melatih kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan selama 30 hari dengan harapan kita tetap boleh melanjutkan di hari-hari selanjutnya. Intinya sebenarnya merutinkan ibadah sehingga menjadi kebiasaan. Apakah amalan yang harus dilakukan selama 40 hari menuju kaya dan rezeki melimpah? # 1. Rutinkan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu Sekerap mungkin lakukan solat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan solat sunat qa...

Selalu Ada Masalah Duit dan Rezeki Sempit? Periksa 9 Perkara Ini

Dalam kehidupan sekarang memang segalanya memerlukan duit, nak masuk tandas pun perlukan duit apatah lagi kalau nak menyara kehidupan seharian. Rata-rata pasangan suami isteri perlu bekerja untuk menyara kehidupan lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Berapa lama duit gaji kekal dalam akaun bank anda? Paling lamapun seminggu ada sahaja bil yang perlu dijelaskan dan paling tidak seronok apabila perlu membayar hutang. Namun masalah duit ini bukan sekadar bergantung kepada jumlah gaji yang diperolehi. Ada mereka yang gaji 5 angka pun belum tentu cukup setiap bulan. Tapi ada yang gaji tak sampai 4 angka namun cukup untuk menampung segala keperluan keluarga.  Siapa ada masalah selalu tak ada duit? Tiap kali dapat gaji habis macam tu je. Sebab apa? Kenapa rezeki susah nak masuk? Perhatikan 9 perkara penting ini! Lupa tanggungjawab pada IBU & BAPA Kedekut nak BERSEDEKAH Suka komplen SEMUA ORANG TAK BETUL! Bergaduh dengan ADIK BERADIK, putuskan SILATURRAHIM PENG...