KUANTAN: Pihak polis meminta seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘ Kagawa Onieshia ‘ supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung komen berbaur lucah dan kesat ke atas Tengku Puan Pahang , Tunku Azizah Maimunah Iskandariah. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut susulan laporan yang dibuat tujuh pihak semalam termasuk enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). “Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata perkara itu juga sudah dimaklum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu terbabit. Semalam enam NGO dan wakil istana membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tu...
Rakan Sebaran Informasi Terkini