Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

MAHUKAH ANDA BERCUTI DI RUMAH PERCUTIAN YANG TERPENCIL INI?

Kalau sebut pasal percutian, siapa yang tak suka kan? Mendengarkan pasal bercuti, hati pasti girang tak sabar menantikan tibanya waktu percutian itu. Tapi pernahkah anda sekeluarga bercuti di rumah percutian di kawasan yang amat terpencil jauh di ceruk pedalaman? Pasti mengerikan. Teringat pula cerita ‘Cabin In The Woods’. Hehe Tapi kalau anda seorang yang sukakan cabaran bolehlah mula merancang percutian di tempat-tempat terpencil macam gambar-gambar di bawah ni. Anda mungkin dapat melalui satu pengalaman percutian yang berbeza kan?

TIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN

Bagaimanakah caranya anda membersihkan rumah dan segala peralatan di rumah selama ini? Pasti anda melakukannya dengan cara yang biasa diajarkan oleh ibu-bapa kan? Sungguhpun teknik membersih yang diturunkan mereka kepada kita amat berguna, tahukah anda bahawa sebenarnya ada cara yang lebih efisyen untuk melakukan kerja-kerja membersih dalam masa yang lebih singkat? Kalau tak percaya, anda lihat sahaja gambar-gambar peralatan di bawah yang dibersihkan dengan cara-cara yang lebih efisyen. Bolehlah kita semua mula amalkan tips-tips ini dari sekarang!   1. Papan Pemotong Sabun pencuci pinggan kurang berkesan bagi membersihkan papan pemotong kerana mungkin ada sisa-sisa bahan masakan yang terlekat dipapan tersebut dan sukar digosok dengan span. Caranya, gunakan lemon yang dipotong sebelah untuk digosok di atas papan pemotong. Sambil itu taburkan garam diatas papan untuk digosok menggunakan lemon itu. Selepas itu, barulah gunakan sabun pencuci pinggan dan bilaskan dengan air.

PEMEGANG PASSPORT KANADA PALING COOL DAN UNIK DI DUNIA

Bercakap pasal passport, biasanya ia akan kelihatan biasa-biasa aja macam buku kecil untuk pegawai imigresen cop itu dan ini. Kita pun biasanya takkan rasa teruja dengan passport kita sendiri sebab ia hanyalah satu buku merah yang mengizinkan kita untuk keluar negara. Tapi, cuba bayangkan jika kita semua mempunyai sebuah passport yang direka penuh canggih dan cantik corak di setiap helaian kertasnya? Macam passport negara Kanada. Bagi mengukuhkan lagi langkah-langkah keselamatan serta mengelakkan kes-kes penipuan passport, kerajaan Kanada telah mengeluarkan passport baharu untuk warganya. Uniknya, passport ini akan reveal imej tersembunyi di bawah cahaya UV atau black light. Say what?! Kalau anda tak percaya, anda boleh lihat sendiri gambar-gambar berikut  Memang wow kan?! Buat kami teruja dan cemburu pada masa yang sama haha. Langkah yang telah diambil oleh kerajaan Kanada ini memang wajar dipuji kerana ciri-ciri keselamatannya. Semoga negara lai