Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Hukum Memberus Gigi dan Menggunakan Ubat Gigi Ketika Berpuasa

Soalan: Apakah hukum bersiwak bagi orang yang berpuasa, terutamanya bersiwak dengan menggunakan ubat gigi ? Jawapan: Siwak sebelum tergelincir matahari adalah sunat sepertimana biasa, adapun selepas tergelincir matahari para fuqaha telah berbeza pendapat, sebahagian memakruhkan orang yang berpuasa bersiwak selepas tergelincir matahari. Hujah mereka kerana Nabi saw telah bersabda : (maksudnya) :  "Demi diriku yang berada dalam genggamannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi."  (H.R. al-Bukhari) Maka ulama yang memakruhkan berpendapat bau yang lebih baik dari kasturi itu tidak wajar dihilangkan atau makruh dihilangkannya oleh seorang muslim (dengan bersiwak), kerana bau itu disukai di sisi Allah (swt), maka hendaklah orang yang berpuasa mengekalkannya dan jangan menghilangkannya. Ini sepertimana darah... (iaitu) darah orang yang mati syahid, sepertimana sabda Nabi saw kepada para syuhada':  "Sel

PELIK Walaupun Gaji Tak Cukup Tapi Suami Selalu Penuhi Kehendak Aku. Suatu Hari Aku Nampak Tin Dalam Kereta. Rupanya..

Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 thun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun. Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri. Pada awalnya kami masing bekerja. Hanya kerja biasa, kalau disatukan gaji kami berdua tak smpai 3K pun. Duit itu lah kami beli segala keperluan kami. Segala bill akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami.. tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua. 2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan Percaya pada rezeki Allah. Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai. Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran

Berpuasa Dibuktikan Dapat Mencegah Barah Oleh Saintis Jepun Yoshinori Ohsumi

Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun,  Yoshinori Ohsumi  telah dinobatkan sebagai pemenang  Anugerah Nobel Perubatan  yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai " autophagy ". Penemuan itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk  melawan barah dan dementia . Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungs

Masya Allah, Inilah Kisah Seorang Pemuda Yang Masuk Islam Gara-Gara Dikejar Anjing...

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan yang Maha Esa tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tuhan yang Maha kuasa atas segala sesuatu, yang mengatur pergantian siang dan malam. Tuhan yang melihat hamba-hamba yang tengah sujud di kegelapan malam, Tuhan yang mendengarkan doa-doa hamba-Nya. Tuhan yang ketika disebutkan nama-Nya bergetarlah hati hamba-hamba-Nya yang beriman dan ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambah kukuhlah iman mereka. Tuhan yang Agung yang penuh belas kasih. Tuhan yang kepadanya semua makhluk akan kembali dan dikumpulkan. Ia memberikan hidayah kepada manusia dengan cara-Nya. Kadang kala cara itu tidak diduga. Maha suci Allah... Beberapa orang pemuda berkumpul di rumah Allah di sebuah masjid di kota Paris. Sebahagian mereka adalah orang-orang yang baru memeluk Islam. Sebahagian yang lain adalah muslim sejak kecil. Setiap hari selepas solat subuh berjamaah setiap orang secara bergantian membaca kitab Riyadus Solihin yang disusun ol

Jangan Lupa Baca Doa Ini Bila Bangun Sahur Nanti

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang bangun di malam hari lalu membaca: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ “ laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qadiir. Alhamdulillahi wa subhaanallah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar wa laa haula wa laa quwwata illa billah. ” ( Tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagiNya. Dialah yang memiliki kerajaan dan baginNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah dan Maha Suci Allah dan tidak ada ilah kecuali Allah dan Allah Maha Besar dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Dia ) “Kemudian dilanjutkan dengan membaca “ Allahummaghfirlii ” ( Ya Allah ampunilah aku ) atau berdoa

Jari Sebagai Ejen Mungkar Di Zaman Ini?

SETIAP umat Islam tanpa mengira latar belakang diyakini amat memahami prinsip ‘amar makruf, nahi mungkar.’ Ia diajar dan diterapkan secara berterusan melalui pelbagai pendekatan sejak kecil lagi. Ia bukan hanya untuk menjaga hubungan kita dengan Allah SWT tetapi juga bagi mewujudkan suasana harmoni sesama manusia atas muka bumi ini sehingga ke akhirat. Rasulullah SAW sendiri menegaskan kepentingan prinsip itu melalui sabda baginda:  “Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” - Riwayat Muslim. Kalau diteliti pada hadis Rasulullah SAW itu, mungkin ia agak sukar dipraktikkan pada zaman sebelum kemunculan era teknologi maklumat (IT). Biasanya, alasan yang diberikan bersabit dengan aspek keselamatan diri dan keluarga. Apatah lagi, roh keberanian umat Islam zaman kegemilangan Islam dahulu tidak lagi diwaris

(Video)PANAS: Debat Dr Zakir Naik Dengan Pelakon Murtad Sensasi Shah Rukh Khan !!!

"Jangan berdebat dengan orang jahil/bodoh" Sebenarnya tak sangka di india sudah ada perdebatan yang sebegini. Yala, saya juga stereotaip gak pada india dimana "mungkin" tidak ada berfikiran moden sebab bila menyebut india saya cuma membayangkan filem yang mengeksploit wanita dan ada rasuah dan terbayang kawasan industri yang boleh buat product elite tanpa kilang yang ada dinding..huh... saya pun tak tahu camana boleh terjumpa video-video debat anatara zakir naik, shah rukh khan dll. Ini saya letak linknya satu sahaja dan yang lain lainnya boleh lihat di youtube. Inilah dikatakan bila kita berdebat dengan orang yang bodoh lebih baik kita diam. Sebab mereka akan tetap merasakan pendapat mereka yang berdasarkan lojik dan nafsu itu adalah betul, hak asasi dan lebih humanity... bayangkan bila mereka yang ISLAM berkata adalah hak asasi manusia untuk memilih untuk tutup aurat atau tidak..sedangkan Allah sudah berkata yang tutup aurat itu wajib. dan aur