Gejala kemurungan lepas bersalin sering berlaku terhadap golongan ibu terutama yang kali pertama melahirkan anak. Ada yang menyebut sebagai penyakit gila meroyan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit itu akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Satu punca penyakit berkenaan adalah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Meroyan dikenali dalam kalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression (PPD) satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadangkala lelaki selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar insiden berlaku dalam kalangan wanita antara lima hingga 25 peratus, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas. Perunding Psikiatri Hospita...
Rakan Sebaran Informasi Terkini