Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Menyusu

Cara Membuat Bayi Bersendawa Agar Mencegah Perut Kembung. Ibu Bapa Kena Baca!

Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia kelaparan. Bayi mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh dua jam sekali untuk menyusu. Jika dia menyusu badan, bayi memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali penyusuan. Jika susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90 mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu. Jika lampin bayi kerap basah (lebih kurang enam kali sehari), tidur yang nyenyak dan berat badan bertambah, keadaan ini menunjukkan dia dalam keadaan kenyang. Bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang boleh membuatkan dia tidak selesa. Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi: Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong kepala dan bah...

Ibu Prihatin Perlu Tahu Jaga Pemakanan Ketika Menyusu

Ibu Prihatin Perlu Tahu Makanan Yang Perlu Elak Ketika Menyusu Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perlu diingat bahawa apa yang dimakan akan turut dinikmati oleh bayi. Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan reaksi alergi dan pencernaan kepada bayi. Sebaiknya buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda. Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu Makanan berkafein Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam. Bawang putih Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetap...