Sambutan perayaan pastinya tidak lengkap sekiranya tidak menonton iklan-iklan yang sarat dengan pelbagai mesej di kaca televisyen ataupun menerusi YouTube di peranti mudah alih anda. Dengan pelbagai tema dan jalan cerita, syarikat-syarikat tempatan menampilkan iklan-iklan yang begitu menarik sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Ada yang lucu, ada yang menyayat hati dan ada juga mempunyai mesej yang penting ingin disampaikan. NOMBOR 5: IKLAN PETRONAS ‘#COMINGHOME ’ Petronas menayang semula iklannya yang pernah disiarkan pada tahun 2012 yang bertajuk #ComingHome. Menurut jurucakapnya Norliza Kamaruddin, ia merupakan versi lengkap iklan tersebut bagi mengingatkan masyarakat mengenai erti menghargai dan menjadi rakyat Malaysia. NOMBOR 4: IKLAN RED ONE NETWORK ‘CHINESE NEW YEAR 2015’ Iklan tersebut pendek namun memberi impak yang sangat mendalam. Ia mengisahkan tentang pengertian sambutan Tahun Baru Cina buat seorang ...
Rakan Sebaran Informasi Terkini