Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pemakanan

Khasiat Susu Kurma Yang Baik Diamalkan Sepanjang Ramadhan

    "Insya-Allah kurang lagi beberapa hari kita nak puasa. Tak tahulah larat ke tak tahun ni nak puasa. Harap sangat boleh puasa penuh sementara tengah pregnant ni." Biasanya itulah doa para ibu hamil dan menyusukan bayi (terutama yang belum datang haid) bila Ramadan datang kembali. Semuanya berdoa agar mudah berpuasa walaupun sarat hamil dan menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Biarpun ada kelonggaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dua golongan wanita ini namun keinginan untuk berpuasa penuh tetap tersemat dalam hati para ibu. Sebenarnya tiada halangan untuk ibu hamil dan menyusukan anak berpuasa di bulan Ramadan. Apa yang penting mereka mesti memastikan puasa tidak akan memudaratkan diri mereka sendiri dan anak yang dikandung serta disusukan. Lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor yang memeriksa anda sebelum membuat keputusan untuk meneruskan puasa. Jika tahap kesihatan mengizinkan, anda boleh berpuasa seperti biasa dan perlu ...

Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah! Inilah 5 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anak Jadi Aktif. Fakta Nombor 3, Jangan Terlepas Pandang

Soalan: Saya ibu berkerjaya dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Sepanjang bekerja, pemakanan anak dijaga sepenuhnya oleh pengasuh. Pengasuh suka memberinya makanan atau minuman manis, bahan perasa dan pengawet. Adakah itu penyebab anak saya menjadi aktif? Jawapan: Kebiasaannya gula menjadi antara makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak anda aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, makanan-makanan lain juga boleh memberikan impak kepada kelakuan dan  adik. Antaranya ialah:           1. Produk tenusu Bagi si kecil yang alah kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, dia akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. 2. Gula Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang. 3. Pewarna tirua...

Yang Kerap Sakit Kepala, Boleh Cuba Masukkan 5 Jenis Makanan Yang Membantu Mengurangkan Sakit Kepala...

Ia bukan satu isu kesihatan baru. Selain mengambil ubat atau menyapu minyak panas, anda juga boleh redakannya dengan memakan lima makanan ini. Siapa tahu ia mungkin berkesan untuk anda. Tembikai Salah satu punca pening kepala ialah dehidrasi, dan memakan tembikai adalah salah satu cara mudah untuk menghidrat kembali tubuh anda. Ia mengandungi air yang tinggi dan juga gula yang sihat. Sama ada memakannya terus atau jadikannya jus, tembikai berkesan menyalurkan kembali kekurangan air dalam badan. Ia juga ringan dan punya efek penyejuk badan (cooling). Cendawan Cendawan punya kandungan vitamin B2 yang tinggi yang mana nutrien ini penting untuk memberi tenaga sekaligus meredakan pening kepala. Selain cendawan, brokoli dan bayam juga mewah dengan manfaat vitamin B2. Vitamin B2 juga dikenali sebagai riboflavin yang mana ia bertindak menyalurkan tenaga daripada serapan karbohidrat, lemak dan protein. Salmon Salmon mengandungi omega-3 fatty acids yang bertindak mengurangk...

Lima Bahagian Ayam Beracun? Doktor Veterinar Menjawab, Saya Rasa Penulis Itu Yang Beracun

Baru-baru ini heboh dan viral di media sosial mengatakan ada 5 bahagian ayam yang beracun dan jika kita kerap memakannya pasti akan mendapat kemudaratan. Artikel yang dikeluarkan oleh satu akhbar tempatan yang menjadi isu hangat itu telah mendapat perhatian seorang doktor veterinar yang ingin menyampaikan ilmunya yang telah dipelajarinya kepada semua rakyat Malaysia yang telah mebaca akhbar tersebut. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Dr Muhammad Luqman Nordin, seorang doktor veterinar menerusi akaun facebooknya. Menurut Dr Muhammad Luqman, dia tidak mahu pentingkan diri sendiri dan berkata terpulang kepada semua pembaca sama ada nak mempercayainya atau pun tidak kerana dia bertanggungjawab untuk memberitahu kebenaran ini. 5 Bahagian Ayam Beracun Adalah Dakyah Tidak Berasas Saya sebenarnya berada di luar negara beberapa hari lepas, baru turun kapal terbang, pening pening lalat lagi ini. Biasanya saya mengambil masa beberapa hari untuk pulihkan mood dan ke...

Rupanya Banyak Khasiat Serai Yang Kita Masih Tak Tahu. Lepas Baca Ni Mesti Rasa Macam Nak Tanam Sendiri Serai Anda...

1. Anti-radang dan anti-septik Oleh kerana ciri-ciri anti-radang dan anti-septik pada serai, ia boleh digunakan sebagai ubatan untuk merawat artritis, gout dan radang saluran kencing. 2. Sebagai balsam semulajadi Oleh kerana kandungan minyak dalam serai mempunyai aroma dan balsam secara semulajadi, serai mempunyai manfaat untuk bertindak sebagai balsamic pada saluran pernafasan. Ia boleh digunakan untuk melegakan hidung tersumbat yang tersumbat akibat selesema, sejuk dan demam. 3. Detoksifikasi Sifat serai yang antioksida dan anti-septik menjadikannya bahan penting untuk proses detoksifikasi. Ia membersih dan menyucikan hati, buah pinggang, pundi kencing, pankreas dan meningkatkan peredaran darah. Kesan diuretik membantu membawa keluar toksin daripada badan melalui proses ini. 4. Diabetes Ini berlaku akibat dari kesan penutrelan dan pembersihan oleh serai dalam membantu untuk membersihkan dan menyahtoksik organ dalaman badan. Termasuklah pembersihan pankreas...

Kerap Makan Petola Boleh Membersihkan Darah, 8 Khasiat Lain Yang Anda Tak Tahu

Berapa ramai yang suka makan sayuran hijau? Rata-rata bila kita sebut petola mesti membayangkan rasa pahit dan tidak sedap. Sebenarnya petola ni tak pahit manapun malah sedap walaupun masak bening je. Hari ni kami nak share kan kepada anda semua tentang khasiat petola ni untuk kesihatan. Jangan tak tahu petola ni banyak tau khasiatnya. 1. Pembersihan darah 2. Penyembuhan penyakit kuning 3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis 4. Membantu penurunan berat badan 5. Memiliki sifat laksatif 6. Anti-radang dan antibiotik 7. Mengukuhkan sistem imun 8. Baik untuk perut Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati. Khasiat yang diperolehi daripada sayuran ini berupaya menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya membersihkan organ hati. Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing mani...

Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe? Baca 5 Kesan Ini

Dalam banyak-banyak makanan yang sedap kalau di cicah dengan sambal kicap, tempe merupakan salah satu makanan yang sedap digoreng begitu sahaja dan di cicah dengan sambal kicap.  Tempe ni kalau makan panas-panas memang best gila kot! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap , buat sambal tempe lagi sedap!  Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun jawa.  Rugi kalau korang tak suka makan tempe tau, nak tahu kenapa? Ini sebab-sebab yang korang perlu tahu: 1)Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang. 2) Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda.  Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik ...

Wow Makan 2 Biji Pisang Setiap Hari Selama 1 bulan, inilah Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda..! Menakjubkan..

Siapa yang tidak suka makan buah berkulit kuning, lembik, manis dan sedap? Kewujudan buah ini sudah lama selama berabad-abad dan meskipun ada buah yang baru keluar di pasar setiap minggu, pisang masih kesukaan kami seumur hidup.  Pisang adalah makanan sempurna yang memberi tenaga kepada kita, membuat kita merasa kenyang dan menyediakan semua nutrisi penting untuk tubuh kita. Pisang kaya serat, vitamin dan gula semulajadi seperti fruktosa dan sukrosa. Itulah sebab utama doktor juga mengalakkan pengambilan pisang semasa bersarapan. Orang Amerika makan pisang lebih banyak setiap tahun daripada jumlah jeruk dan apel. Pisang yang dibeli di pasar biasanya boleh bertahan dalam tempoh seminggu dan kadang kala lebih lama bergantung pada tempoh tuaian dan cuaca.  Anda boleh perhatian selepas satu tempoh bintik-bintik hitam mulai muncul pada pisang, semakin besar dan besar sampai mereka berubah menjadi hitam. Kita biasanya cenderung untuk membuang pisang ketika mereka berp...

Nak Bagi Anak Cerdik, Bukan Sekadar Makan Kismis, Lelaki Kongsi Cerita Kehebatan Air Tangan Ibu Yang Penuh Magik

Fenomena berlumba-lumba bagi anak makanan kesihatan untuk kecerdasan otak ini dah bermula banyak tahun. Maklumlah ibu bapa sekarang kebanyakkannya tergolong dalam golongan elit dan berstatus siswazah paling minimum pun diploma. Tu tak ambil kira lagi golongan ibu bapa yang graduate dari Universiti luar negara. Ketakutan mereka memiliki anak yang lembab memberikan peluang perniagaan pada produk berkaitan makanan kecerdasan yang rata-rata menekankan pemakanan sunnah naik seperti cendawan selepas hujan. Kami tidak anti pada produk kecerdasan minda namun ada sesetengah pihak terlalu mudah menjadi " penunggang agama " untuk melariskan jualan produk mereka.  Kami ingin berkongsi cerita dari seorang netizen yang paling menarik ialah roti sapu majerin tabur gula yang menjadi hidangan beliau sejak kecil. Betapa bermaknanya air tangan seorang ibu dari produk-produk yang kita sendiri sebenarnya tak tau bagaimana diproses. Jom baca perkongsian Khairul Hakimin Muhammad . 20 t...