SEMUA EPAL DARI AMERIKA SYARIKAT DISYAKI TERCEMAR DENGAN BAKTERIA LISTERIOSIS | Dua jenis epal iaitu 'Gala' dan 'Granny Smith' dari Amerika Syarikat yang disyaki tercemar dengan bakteria tersebut disekat daripada memasuki negara ini. KUANTAN – Kementerian Kesihatan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel semua buah epal yang diimport bagi menjalankan ujian mengesan bakteria Listeriosis. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian tersebut dijalankan bagi memastikan bakteria itu tidak menular di negara ini. “Saya telah arahkan bahagian tersebut untuk buat pemeriksaan dan mengambil sampel buah epal terutamanya di kawasan Sibu dan Kuching di Sarawak. “Keputusan ujian akan dapat dalam tempoh dua hingga tiga hari. Namun proses ini akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir di sini, Ahad. Lap...
Rakan Sebaran Informasi Terkini