Skip to main content

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Selama Seminggu


Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah dan Sarawak) akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
“Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
“Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
“Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira:
  • Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
  • Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.
Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Sumber: Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...