Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Masyarakat

Mengaku Miskin, Tapi Aktif Di Media Sosial?

Menyebut tentang istilah "miskin", ramai yang tidak tahu tentang pengertian sebenar istilah berkenaan dan hanya setakat menyebut saja tanpa memahami. Mendengar dan terpengaruh pada cakap-cakap orang, mungkin ada yang menganggap dirinya "miskin". Ada yang mengaku "miskin" di laman sosial. Namun "miskin" bagi individu itu, dia masih mampu memiliki telefon pintar dan membeli data internet untuk aktif di media sosial. Ada yang mengaku "miskin", tapi di rumahnya ada piring Astro dan televisyen LED bersaiz 40 inci. Malah ada orang yang mengaku "miskin", tapi selamba membeli pakej sukan dari stesen televisyen berbayar itu. Ada yang mengaku "miskin", tapi laman sosialnya sering dimuat naik dengan aktiviti percutian, menginap di hotel, makan besar di restoran dan tidak malu untuk 'tag' rakan-rakan menghebohkan diri berlibur bersama keluarga. Miskinkah seseorang yang mampu membeli telefon pintar, ...

Lelaki Ini Berhajat Nak Belanja Pakcik Ni Di Sebuah Restoran. Apa Yg Pengurus Restoran Lakukan Buat Dia TERKEJUT !!!

Lelaki Ini Berhajat Nak Belanja Pakcik Ni Di Sebuah Restoran. Apa Yg Pengurus Restoran Lakukan Buat Dia TERKEJUT !!! |  Ramai yang menganggap perlakuan murni sangat jarang dilihat hari ini, tetapi kisah pemuda ini memancarkan sinar harapan Jayaselvaganapathy a/l Manimekala baru-baru ini berkongsi sebuah kisah tentang bagaimana pertemuannya dengan seorang lelaki warga emas awal tahun ini telah mengubah persepsi negatifnya terhadap masyarakat. Kisah ini menceritakan tentang bagaimana orang yang tidak dikenali sanggup menghulurkan bantuan memberi makanan kepada insan yang sedang lapar. ”21 Januari 2017 merupakan hari yang tidak dapat saya lupakan kerana buat kali pertamanya tanggapan negatif saya terhadap masyarakat berubah. “Saya tidak menceritakan kisah ini untuk mengejar populariti tetapi saya mahu anda semua merasai apa yang saya rasai. Membantu orang lain, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan, ialah satu amal yang wajar dilakukan kerana kepuasannya sangat b...

“Teacher Pernah Makan Chicken Chop?” – Kisah Murid Yang Menyentuh Perasaan Netizen

Sumber Facebook Najihah Rahman. Sebuah kisah tentang perbualan cikgu dan murid menjadi viral di laman dan mendapat lebih 5000 perkongsian. Ianya bermula apabila seorang pelajar bertanyakan soalan tentang chicken chop kepada gurunya..  Perbualan itu dilanjutkan lagi dengan beberapa soalan daripada cikgu Najihah dan jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut sememangnya membuka mata hati kita.. Sesiapa yang membaca perbualan tersebut pasti akan terjentik hati, semoga kanak – kanak berjiwa besar ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusannya.. Baca perbualan mereka dibawah. A boy of my class finished his work earlier than the others. He came to check his work and asked me: “Teacher pernah makan Chicken chop?” “erm, pernah. Kenapa?” “Sedap kan? sedap sangat sangat sangat. Semalam baru saya makan”. ” wah, makan chicken chop. Sedapnya” “tak pernah makan pun sebelum ni. Mak dapat jual getah banyak. Boleh la rasa”. He smiled. ” Alham...

Perkongsian Dari Seorang Guru Yang Menerima Bungkusan Duit Syiling Sempena Hari Guru Membuat Ramai Netizen SEBAK!!!

Sekadar berkongsi suka duka hari guru hari ini 16 mei 2017. Al kisah hari ini. Waktu rehat Kak Lia ke kantin sekolah. Tiba di kantin sekolah Kak Lia di tegur oleh seorg makcik kantin. Mak cik Kantin: ustazah ni yang nama Jamaliah kan. Kak Lia: ye saya makcik.( dalam hati macam pelik tiba² di tnya macam tu. Terfikir agaknya Kak Lia guru baru di situ mungkin sebab itu dia bertanya). Mak cik Kantin: Tadi ada budak tertinggal kertas yang bungkuskan duit syiling. Tapi atas tu di tulis UNTUK USTAZAH JAMALIAH SEDAP NAMA . (mula kak lia ingat makcik ni yg puji nama kak lia sedap. sebab tak faham lagi situasi dan ceritanya). Tapi makcik dah bagi pada sorang ustazah yg lain tadi. Kak Lia pun cakap ok makcik terima kasih. Kak lia terus pegi ke meja untuk duduk makan bersama guru2 yg lain. Bila sampai di meja seorang ustazah bagi Kak Lia kertas yg berisi syiling yg di maksudkan oleh makcik kantin tadi. Bila dah tengok baru la Kak Lia faham apa yg makcik kantin sampaikan. ...

Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima Ini Kerana Janji Saya Kepada Suami.

Benar kata orang cinta itu buta, dan bukan semua wanita yang sangup terima suaminya sekiranya hidup susah, dan masih ada wanita yang sanggup terima keadaan suaminya walaupun hidup menjadi gelandangan. Kasih seorang isteri yang setia bersama suami walaupun hidup susah menjadi gelandangan di ibu kota mendapat perhatian pihak wartawan Astor Awani. Menurut laporan astroawani.com wanita yang mempunyai dua orang anak ini sangup bersama-sama suami "Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan sehina mana suami saya, selagi dia adalah suami saya, saya tempuhi demi janji saya. "Biarpun perit untuk diterima tapi saya yakin mungkin belum sampai waktunya untuk kami menikmati sedikit rasa bahagia dan senang," ujar Liza (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Jalan Tunku Abdul Rahman. Menurut Liza seorang gelandangan di ibu kota, janji cinta setia itu dilafazkannya ketika menerima lamaran suaminya Husin (bukan nama sebenar) 8 tahun lalu. Pasangan yang ...

Netizen Meroyan Dengan Iklan 'Rasis' Bata, Rupanya Ini Maksud Sebenar Iklan Itu

Memang iklan sangat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik perhatian pengguna untuk membeli produk yang ditawarkan, malah turut memberi maklumat berguna kepada masyarakat.  Namun begitu, kadang kala cara iklan itu dipaparkan membuatkan ramai orang salah faham, seterusnya menyebabkan masalah berbangkit pula selepas ini. Seperti yang berlaku kepada iklan oleh kasut Bata ini. Seorang pengguna, sukar menerima apa yang ditunjukkan menerusi iklan tersebut yang dianggap bersifat perkauman atau rasis.  "Seriuslah, ini ke cara awak market atau apa. Bata, tolong buang marketing manager atau brand manager anda. Sangat memalukan. Ini Bata di KLCC," tulis seorang lelaki menerusi laman sosialnya.  Dia menjadi bengang dengan iklan berbunyi "Shoes for: Indian school children" yang dianggapnya menghina dan bersikap rasis.  Malah, ramai netizen lain juga turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki ini.  "Ini betul-betul ra...

Pemuda jual muffin ini sindiket kumpul dana untuk pertubuhan gereja di Filipina ?

Sedang saya khusyuk mengadap laptop ketika lepak di Tango Cafe petang tadi, saya dihampiri oleh seorang pemuda. Di tangannya memegang beg kertas besar berisi kotak tersusun kemas. Dia meletakkan sekeping kad diatas meja saya. Saya membacanya. Ohhh….pemuda ini menjual kek untuk menampung kos pembelajaran. Tertera kemas diatas kad itu. Saya memandangnya mahu bertanya adakah dia bisu dan dimana d ia belajar, tapi tersekat di kerongkong. Saya sekadar tersenyum dan angguk lalu mencapai beg duit. Menghulurkan wang dan menerima sekotak muffin. Sebelum beredar pemuda tu menyebut, ‘thank you’. Saya tersentak! Eh.. tak bisu ke? Ingin saya tanya tapi melihat dia berlalu ke meja seterusnya sebelum keluar dari cafe. Saya duduk sendiri tergelak mengenangkan saya ditipu oleh pemuda tadi. Tapi bila difikirkan kembali, tidaklah pula dia memberitahu di kad tersebut dia bisu ke apa. Boleh jadi cara itu memudahkan dia menjual. Cepat sangat saya nak marah kerana rasa tertipu. Astaghfirullaha...

Solat Jumaat Sebelah Bangla Buruh Binaan. Masa Tabung Masjid Diedarkan. Aku Tengok Bangla Tu….

Assalammualaikum wbt..aku pernah mendengar bahawa sedekah ketika kita sendiri sangat memerlukannya adalah sedekah yang terbaik..tapi, sehingga kini, aku masih tidak mampu melakukannya.. Kisah ini aku titip kerana ia telah mengajarku dan mudah-mudahan ia juga dapat memberi teladan yang baik pada kalian.. Aku tinggal disebuah pekan kecil dan kebiasaannya, setiap hari jumaat aku selalu menunaikannya di sebuah masjid india.(kerana ianya lebih hampir dengan tempat kerjaku). Jemaah jumaat masjid ini kebiasaannya terdiri dalam kalangan orang india muslim dan orang melayu. Terdapat juga sebilangan kecil jemaah bangladesh yang kerja di sekitar pekan ini.. Seperti masjid-masjid lain, setelah usai solat jumaat, akan ada jemaah yg sudi menginfakkan duit mereka kedalam tabung masjid..tetapi aku ini jenis yang berkira, boleh dibilang dengan jari duit aku masuk dalam tabung masjid. Pada aku, sedekah itu biarlah bila kita sendiri dalam keadaan selesa untuk melakukannya. Pada suatu jumaa...

Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang; Ini Cara Pakai Yang Disuruh Suami!

Lebih seminggu lalu telah berlangsung Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru di Istana Negara. Istiadat itu menyaksikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-15. Seperti yang disaksikan dalam siaran langsung di kaca TV, majlis mengikut istiadat Kesultanan Melayu itu dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, kerabat diraja, para menteri dan ramai lagi VIP termasuk dari luar negara. Namun begitu dalam ramai- ramai tetamu diraja ini penampilan Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berjaya mencuri perhatian terutama kalangan kaum wanita. Penampilan ditegur Tampil anggun, penuh sopan dengan selendang menutupi busananya, gaya isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata berpendapat gaya busana berselendang rona biru firus yang diken...

Tak Cukup Duit Nak Bayar Tol. Siapa Yang Allah Hantar Untuk Tolong Amat MENGEJUTKAN !!!

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyeluk poket mencari duit RM1.60 bayaran tol.  Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhenti kereta agak jauh dari tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui. Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu. Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak.  Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluar...