Skip to main content

Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang; Ini Cara Pakai Yang Disuruh Suami!

Lebih seminggu lalu telah berlangsung Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru di Istana Negara.

Istiadat itu menyaksikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-15.

Seperti yang disaksikan dalam siaran langsung di kaca TV, majlis mengikut istiadat Kesultanan Melayu itu dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, kerabat diraja, para menteri dan ramai lagi VIP termasuk dari luar negara.

Namun begitu dalam ramai- ramai tetamu diraja ini penampilan Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berjaya mencuri perhatian terutama kalangan kaum wanita.


Penampilan ditegur

Tampil anggun, penuh sopan dengan selendang menutupi busananya, gaya isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu mendapat pujian daripada netizen.

Rata-rata berpendapat gaya busana berselendang rona biru firus yang dikenakan begitu cantik dan cukup tertib malah pada masa yang sama memberikan beliau identiti tersendiri.

Komen ini dapat dilihat dalam instagram Tunku Azizah @t_p_pahang apabila beliau memuat naik foto throw back pada majlis tersebut beberapa hari lalu.



Bagaimana pun dalam ramai yang menyukai busana rekaan pereka terkenal Datuk Rizalman Ibrahim itu ada juga yang memberi teguran 'lain macam'. 'Pakai baju cantik-cantik tapi tutup dengan selendang.'

Menariknya teguran tersebut diterima dengan terbuka. Malah telah dibalas oleh Tunku Azizah dalam instagramnya dengan jawapan yang memang 'win'!

Saya hanya turut perintah suami saya...my Hero!


Ini cara saya kenakan selendang

Dalam pada itu menurut Tunku Azizah ini adalah caranya mengenakan selendang dan ia adalah rekaannya sendiri.




loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...