Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Keselamatan

CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN (Kaedah Ikhtiar Muslim)

‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM) 1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam. 2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan. 3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik. 4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYA dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki. 5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula. 6. Cara merenjis – Paling mu...

Bolehkah Kad Pengenalan Diambil Dan Disimpan Pihak Lain Seperti Pengawal Keselamatan?

Penulis asal nor zabetha Bolehkah kad pengenalan kita diambil dan disimpan pihak lain seperti pengawal keselamatan? Ada sesetengah bangunan yang mensyaratkan untuk tinggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut. Bolehkah mereka simpan kad pengenalan kita?? Tidak boleh sama sekali. Berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara,  semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN. Ini bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad dan agar maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. Adalah menjadi kesalahan dibawa di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain. Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-d...

Kena Selalu Kunci Pintu Kalau Taknak Perkara Seperti Ini Berlaku

Zaman sekarang ni dah macam-macam perkara pelik berlaku. Boleh dikatakan, Negara kita sudah tidak selamat lagi. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berjaga-jaga walau kemana kita pergi.  Khusus buat kaum wanita, jagalah keselamatan korang terutama ketika berhenti di lampu merah. Seperti video yang ingin kami kongsikan ini, seorang wanita sempat merakam aksi pendatang asing kanak-kanak yang berkeliaran di lampu merah untuk meminta derma dengan cara paksaan.  Mereka hingga berani ingin membuka pintu kereta untuk meminta wang daripada orang yang sedang menunggu di lampu isyarat. Jadikan sebagai peringatan okay! Mungkin sekarang mereka hanya ingin meminta derma, namun kita kena sedia maklum sikap agresif ini mungkin boleh mencederakan kita suatu hari nanti.  Sumber: THR Gegar loading...

Biarkan Pelawat Hospital Duduk Atas Lantai, Ini Jawapan Doktor Malaysia

Baru-baru ini, menerusi sebuah grup di laman Facebook, adanya netizen membuat 'laporan' tentang keadaan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh yang dikatakan tidak menyediakan kerusi untuk para pelawat. Sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa duduk atas lantai terutama bagi warga emas dan mereka yang tidak berdaya. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat berhubung isu berkenaan, bagaimana pihak hospital 'tergamak' bertindak sedemikian.  Tidak kasihankah dengan warga emas yang tidak mampu berdiri lama sehingga terpaksa duduk atas lantai sahaja? Netizen turut mengecam seterusnya menjadikan ia satu isu yang viral.  Tak mahu isu tersebut berlarutan dan juga menyebabkan masyarakat salah faham, seorang doktor yang juga berkhidmat di hospital terbabit membuka mulut. "Untuk makluman, hospital kami ada 9 tingkat. Ada 4 lift terus ke lobi, 4 lift di bahagian tepi. Kami ada purata pesakit di wad dalam 450 orang sehari. Kami ada sta...

[Video] Check Dulu Sebelum Guna Mesin ATM, Ini Sebabnya

Seorang kakitangan dari sebuah  syarikat keselamatan, Benjamin Tedesco, mempunyai tabiat memeriksa pembaca kad ATM sebelum menggunakan mesin itu. Tabiat berhati-hati itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia menemui sebuah alat skimmer ATM di Vienna, Itali. Bentuk alat ini sama macam pembaca kad ATM, siap dengan kad jalur magnetik dan papan kawalan di belakangnya.  Alat ini juga boleh mencuri maklumat debit dan kad kredit anda. Macam ni lah caranya penyangak-penyangak ni boleh akses akaun bank korang untuk mencuri. Jadi, sila berhati-hati! Lihat video berikut: Sumber:  worldofbuzz.com loading...

Penutup Tingkap Kapal Terbang Kena Buka Ketika Berlepas & Mendarat, Ini Sebabnya Ramai Kena Ambil Tahu !!!

Penutup Tingkap Kapal Terbang Kena Buka Ketika Berlepas & Mendarat, Ini Sebabnya Tak Ramai Tahu !!!  Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang, anda mungkin tertanya-tanya kenapa penutup tingkap di dalam kapal terbang perlu dibuka ketika kapal terbang sedang berlepas atau mendarat. Secara ringkasnya, ia adalah supaya krew kabin boleh melihat di sebelah mana yang paling selamat turun sekiranya berlaku kecemasan. Seorang pegawai keselamatan penerbagan, Saran Udayakumar memberi penjelasan kepada seorang pengguna laman web  Quora  tentang perkara itu dengan berkata membuka penutup tingkap adalah salah satu dari proses yang panjang untuk menyediakan kabin jikalau berlaku sebarang kecemasan. Perlu diingatkan, kecemasan banyak berlaku ketika pesawat sedang dalam proses berlepas atau mendarat. Pembukaan penutup tingkap, meletakkan meja pada tempatnya, dan menegakkan tempat duduk boleh membantu krew kabin mengosongkan pesawat – satu proses yang perlu dilaksanakan ...

Inilah 14 Tanda Anak Anda Kena Buli di Sekolah, Tolong Jangan Abaikan..

Kenali 14 Tanda Anak Anda Kena Buli di Sekolah | Kenali tanda-tanda anak anda kena buli di sekolah. Luangkan masa dengan anak-anak anda dan ajak mereka berbicara. 1. Anak tidak melalui jalan biasa yang ditempuh untuk pergi ke sekolah; 2. Prestasi anak menurun dan sulit memberi tumpuan kerana trauma dan ketakutan atau bahkan merancang untuk balas dendam; 3. Anak tidak mau terlibat dalam kegiatan keluarga dan sekolah, mereka ingin dibiarkan sendiri. Jika anak mengunci pintu kamarnya dan menangis, boleh jadi ia mengalami penindasan itu; 4. Sepulang sekolah, anak merasa kelaparan serta mengaku kehilangan wang jajan atau tidak lapar di sekolah. Padahal itu sekadar alasan kerana sesungguhnya ia telah mengalami pembulian; 5. Anak mencuri wang dari orang tua dan membuat dalih yang sulit dipercaya tentang penyebab hilangnya wang tersebut. Padahal boleh jadi anak anda sedang diancam dan ditakuti kecuali menyerahkan sejumlah wang pada pembuli; 6. Sesampainya di...

Gadis Ni Dedahkan Kenapa Had Kelajuan Highway Malaysia Hanya 110km/h

Hampir semua rakyat Malaysia gunakan lebuhraya. Tapi pernah tak terfikir kenapa had limit kelajuan lebuhraya di Malaysia hanya 110km/j walaupun kereta mungkin boleh pergi lebih dari itu. Tweet seorang gadis yang dapat hampir 15 RT di Twitter menjawab persoalan tersebut.  Kredit: ERA fm loading...

Perhatian! Jangan Beri Anak Dos Ubat Berlebihan. 5 Perkara Wajib Tahu. Sila Sebarkan..

Soalan: Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Dia kerap demam, sesak nafas, selesema dan batuk. Setiap kali ibu mentua memberinya ubat, pasti dia akan memberinya dalam dos yang berlebihan. Katanya bagi lebih biar cepat baik. Adakah ia akan memberi kesan sampingan kepada anak saya? Jawapan: Ubat-ubatan yang diberikan kepada kanak-kanak selalunya berpandukan kepada berat badan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Ubat yang diberikan dalam dos berlebihan tidak akan mempercepatkan proses pemulihan mereka.  Sebaliknya mereka boleh mendapat kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Terutamanya ubat demam kerana dos berlebihan boleh memberi kesan kepada hati (liver) kanak-kanak tersebut. 5 perkara penting anda perlu beringat tentang ubat si anak: 1.    Anda perlu selalu memastikan bahawa anda memberikan dos yang betul pada anak ketika memberinya ubat. 2.    Ubat yang tidak disimpan dengan b...

Jangan Tanam Daun Pandan Sampai Terlalu Merimbun Kerana Tarik Perhatian Ular Berbisa Bersarang

Sudah menjadi kebiasaan orang dikampung untuk menanam pokok pandan dan biarkan ia merimbun hingga menjadi semak kerana tidak dijaga. Tahukah anda bahawa suasana pokok panda yang merimbun berkenaan sebenarnya menarik perhatian binatang berbisa untuk jadikan ianya sebagai sarang untuk membiak dan tinggal. Dikongsikan oleh  Puan Salmiah Marzuki  di mana beliau telah dipatuk ular berbiasa ditangannya ketika hendak mengambil daun pandan di rumahnya di mana daun pandan berkenaan dibiarkan merimbun di belakang rumah. 41 hari yang lalu...jari saya digigit ular...6hari 6mlm saya menginap di hospital....akibat gigitan ini, sehingga sekarang jari masih tidak dpt berfungsi spt asal.... Bukan ini cerita yang saya nak smpikan tetapi aya ingin berkongsi nasihat seorg doktor agar jangan membela pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun.... Memadai dengan menanam di dalam pasu untuk kegunaan sendiri (yang menanam untuk tujuan komersial lain cerita ya).....doktor kata, ber...

4 Modus Operandi Penjenayah Ketika Berada Di Lapangan Terbang, Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada

Situasi di lapangan terbang yang dipenuhi dengan lautan manusia kadang-kala akan wujudnya individu dengan niat yang tidak baik. Mungkin dilihat tenang, dan miliki wajah, serta penampilan seperti orang kebiasaan, namun siapa tahu, mereka sebenarnya sedang menjalankan aktiviti haram di lapangan terbang. Hakikatnya lapangan terbang bukanlah kawasan yang sesuai untuk mengenali atau berkenalan dengan orang lain. Ini bukan kerana kita tidak mahu bersosial ataupun sombong namun lapangan kawasan yang boleh kita panggil sebagai " touch n go " ini merupakan medan jenayah dimana kita mungkin menjadi mangsa.  Tidak dapat dinafikan, apabila didampingi oleh orang yang tidak dikenali di lapangan terbang, kita mudah untuk terus beramah mesra, dengan niat untuk berkenalan atau membantu mereka jika dalam kesusahan. Tetapi, harus diingat, tindakan sebegini, boleh mengancam keselamatan anda, di kala anda lalai, atau tidak sedar. Perkara sebegini sudah banyak berlaku di lapang...

Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang?

Dipetik sepenuhnya dari penulis Blog Friends Of PDRM: Saya selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian). Topik sekarang ini yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar. Disini saya berikan jawapannya dan saya kongsikan bersama pembaca: Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta. Sebab-sebabnya: Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada se...