Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe? Baca 5 Kesan Ini

Dalam banyak-banyak makanan yang sedap kalau di cicah dengan sambal kicap, tempe merupakan salah satu makanan yang sedap digoreng begitu sahaja dan di cicah dengan sambal kicap.  Tempe ni kalau makan panas-panas memang best gila kot! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap , buat sambal tempe lagi sedap!  Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun jawa.  Rugi kalau korang tak suka makan tempe tau, nak tahu kenapa? Ini sebab-sebab yang korang perlu tahu: 1)Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang. 2) Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda.  Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Indust

“Abang Nak Bunga Ke, Tapi Harga RM 100 , Mak Tak Mampu”

Pengorbanan ibubapa tiada tandingan. Payah bersulam perit macam mana sekalipun, tiada ibubapa yang tidak ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Sebab tu orang cakap, jangan sesekali lupa diri kalau dah berjaya.  Ingat, susah senang kita untuk mendapat segulung kejayaan datangnya dari ibu bapa. Mereka yang sentiasa ada untuk pastikan kita betul-betul berjaya.  Sebuah perkongsian dari Nizam Mustapha ini benar-benar menyentuh hati. Ini salah satu contoh pengorbanan yang begitu bernilai dari ibubapa terhadap anak-anak.Baca dekat bawah ni:  Sumber ig nizam_mustapha loading...

Nak Tangkap Orang Yang Selalu Calarkan Kereta, Sanggup Sebulan Tidur Dalam Kereta

Geram sebab keretanya selalu dicalarkan oleh seseorang yang tidak diketahui, seorang lelaki Belorusia akhirnya berjaya menangkap pelaku dalam perbuatan itu selepas tidur di dalam kenderaan itu selama sebulan. Selepas menyedari keretanya kerap calar selama 6 bulan yang lepas, pemilik Volkswagen Polo ini, Matroskin mula mencari petunjuk tentang siapa yang mencalarkan keretanya. Pada mulanya, pemilik kenderaan itu hanya mengagak bahawa kesan calar berkenaan adalah daripada cara pemanduannya. Tapi beliau pelik kerana kesan calar semakin banyak pada badan keretanya. Beliau yang mula curiga dengan kesan calar berkenaan, pada mulanya meletakkan sekeping nota pada cermin kereta, bertanya kenapa perlu mencalarkan keretanya. Di atas nota itu, beliau turut meletakkan alamat email, dikhuatiri jika orang yang mencalarkan keretanya itu takut untuk berjumpa dengannya. Namun cara ini tidak berkesan. Seterusnya, Matroskin meletakkan kamera tersembunyi dalam kereta, tetapi

SUBHANALLAH! 10 Haiwan Terawal Yang Masuk Ke Syurga

10 Haiwan Terawal Yang Masuk Ke Syurga | Pernahkah kita terfikir apakah haiwan atau binatang yang terawal akan masuk ke syurga? Kisah-kisah haiwan ini ada dalam al Quran. Mari kita kenali mereka. 1.Unta Nabi Saleh Mereka menambah lagi, "Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu," kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki. Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang. "Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah? " "Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu," jawab mereka. Selepas satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Bagind

Amalan Pelik Masyarakat Arab Ketika Makan

Kerap kali kita melihat gambar-gambar di laman sosial yang menunjukkan pak Arab dengan sedulang besar makanan sedap. Ingatkan gambar seperti itu hanya bertujuan untuk ‘bergambar’, rupanya tidak. Ia sememangnya amalan orang kaya Arab. Pernah saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu. Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran Islam. Mereka akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3 biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu lebih dari cukup. Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya…ia bukan untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu penghinaan kepada tuan rumah. Sampai hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip sisa buangan makanan mereka di tong sampah. Anda boleh pilih untuk tidak pe

Wow Makan 2 Biji Pisang Setiap Hari Selama 1 bulan, inilah Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda..! Menakjubkan..

Siapa yang tidak suka makan buah berkulit kuning, lembik, manis dan sedap? Kewujudan buah ini sudah lama selama berabad-abad dan meskipun ada buah yang baru keluar di pasar setiap minggu, pisang masih kesukaan kami seumur hidup.  Pisang adalah makanan sempurna yang memberi tenaga kepada kita, membuat kita merasa kenyang dan menyediakan semua nutrisi penting untuk tubuh kita. Pisang kaya serat, vitamin dan gula semulajadi seperti fruktosa dan sukrosa. Itulah sebab utama doktor juga mengalakkan pengambilan pisang semasa bersarapan. Orang Amerika makan pisang lebih banyak setiap tahun daripada jumlah jeruk dan apel. Pisang yang dibeli di pasar biasanya boleh bertahan dalam tempoh seminggu dan kadang kala lebih lama bergantung pada tempoh tuaian dan cuaca.  Anda boleh perhatian selepas satu tempoh bintik-bintik hitam mulai muncul pada pisang, semakin besar dan besar sampai mereka berubah menjadi hitam. Kita biasanya cenderung untuk membuang pisang ketika mereka berpaling cok

8 Punca Batu Karang Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya. Anda Mesti Tahu Ini Sebelum Terlambat..

Seorang remaja lelaki datang ke klinik dan mengadu sakit di bahagian bawah perut sebelah kanan. Kalau kat sebelah kanan sakit, tipikal mesti appendicitis (keradangan appendiks – orang Malaysia pangggil appendiks walaupun appendiks ialah sebahagian daripada usus). Setelah ujian air kencing dijalankan, saya mendapati remaja kencingnya berdarah dan sekarang diagnosis bertukar kepada batu karang. Setelah buat X-Ray semua, sahlah remaja ini mempunyai batu karang pada saluran kencingnya. Nasib baik saiz batu itu masih kecil, jadi bagi ubat untuk pecahkan batu dan nasihat supaya banyakkan minum air masak. Pemantauan seterusnya mendapati, batu karang itu sudah hilang. Baguslah adik, kata saya. Muda-muda lagi dah kena penyakit macam ni. Mesti jaga makan ok. Sakit yang dirasa apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing dikatakan antara sakit yang sangat sakit. Secara logiknya, tentulah sakit kerana batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran yang sempi