Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

PANTANG LARANG DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI ✔ Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. ✔ Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati. ✔ Usah lontarkan kritikan pedas yang menguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya. ✔ Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. ✔ Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid. ✔ Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa. - Ustaz Mohd Kazim Elias

Jawatan Kosong Di UiTM Perak

Jawatan Kosong Di UiTM Perak. Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakandan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:- 1. Pegawai Kesatria (Kontrak) 2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 3. Penolong Pegawai Sains (Kontrak) 4. Penolong Pegawai Kesatria (Kontrak) 5. Penolong Akauntan 6. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) 7. Pembantu Tadbir (Kewangan) 8. Pembantu Awam [Tarikh Tutup : 5/1/2015] MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Jawatan Kosong Di Institut Tanah dan Ukur Negara INSTUN

Jawatan Kosong Di Institut Tanah dan Ukur Negara INSTUN . Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi  mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:- 1. Penolong Jurutera 2. Juruteknik 3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) [Tarikh Tutup : 10/1/2015] MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Selama Seminggu

Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru  sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) . Manakala bagi  negeri-negeri lain (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah dan Sarawak) akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin) . “Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. “Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami

Tips Memilih dan Contoh Barang Hantaran

Adakah anda akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini atau mungkin ini amat berguna apabila jodoh anda telah sampai nanti?  Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak untuk proses  pertunangan dan juga perkahwinan.  Anda mesti terfikir apa barang/hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya, jangan risau kami kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk anda. Tips memilih barang hantaran 1.  Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama. 2 . Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan leb

Membesar Bersama Kucing Kesayangan

Kucing bernama Toco ini telah bersama bayi sejak lahir sehingga sekarang. Kawan baik sejati meskipun berlainan kehidupan.. :)

Perlu Ketabahan Untuk Mencintai Seseorang

Komik yang mengisahkan tentang cinta dan perhubungan

Pakej Unik Untuk Andartu

Pakej Unik Untuk Andartu, Majlis Kahwin Tanpa Pengantin Lelaki Di Jepun semua perkara pelik boleh berlaku di sana. Yang terkini, sebuah agensi percutian tempatab, Cerca Travel di Kyoto, menawarkan pakej unik majlis perkahwinan istimewa untuk golongan wanita bujang tetapi tanpa pengantin lelaki. Bagaimana? Perkhidmatan ditawarkan meliputi gaun sepersalinan, jambangan bunga, dandanan rambut, kereta limosin, penginapan hotel dan album foto kenangan selain lawatan ke beberapa mahligai bersejarah tempatan. Pengarah agensi itu, Yukiko Inoeu berkata, sejak dilancarkan pada Mei lalu, kira-kira 30 wanita dari seluruh Jepun telah menyertainya namun, hampir separuh daripada pelanggan tersebut sudah bersuami, cuma majlis perkahwinan terdahulu mereka tidak begitu meriah. “Ada wanita berusia yang tidak puas hati dengan upacara perkahwinan sebelum itu sama ada dilangsungkan secara tradisional atau moden, lantas memilih pakej kami ini lebih kepada untuk memperbaharui semul

Sultan Kelantan Berjiwa Rakyat

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharung banjir utk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama membntu kerja2 menyelamat sehingga orang tak sedar itu sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dari seorg Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin dgn petugas2. Tiba2 beliau disapa "abg dr mana?" "org sini jugak" "macam muka tuanku la abang ni" Beliau hanya tersenyum setelah menyedari yg disapa td adalah sultan mereka, kecut perut org tadi minta maaf krn tdk tahu yg itu adalah sultan. Beliau hanya trsenyum malah memeluk org td. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung x reti nk bg arahan mcm mula2 td. Ciri2 pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dr istana, membantu rakyat tanpa memprkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal2 sultan. Allahhu Akbar!

9 tanda bila lelaki jatuh hati

Berikut adalah tanda apabila si jejaka mula jatuh hati pada anda 1. Dia selalu memerhatikan anda Bila anda bercakap dengan orang lain,mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Jika ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat kepada anda. 2. Dia amat berguna Adalah penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.Jika dia tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda! 3. Selalu puji anda Dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti  anda dan menerima anda seadanya. 4. Bersetuju dengan pendapat anda Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan  anda dalam bulat

Bantuan Pasukan Polis Marin Mempercepatkan Operasi Menyelamat

Pasukan Polis Marin di Kg Berangan dan Wakaf Baru memindahkan mangsa banjir di sana.

Super Lynx Membantu Operasi Di Hospital Kuala Krai

Super Lynx Menghantar pesakit dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Rezeki Musim Banjir Untuk Orang Pahang

Rezeki banjir dapat patin buah dekat sg jelai kuala lipis.  

Banjir di Taman Negara Pahang

Kesan banjir di jeti taman negara, Pahang Paras air yang meningkat disebabkan hujan yang turun tanpa henti menyebabkan paras air naik mendadak di Jeti Taman Negara pada 23 Disember 2014. Setelah 4 hari, air kembali surut meninggalkan kesan kerosakkan pada struktur bumi dan bangunan yang terkesan.