Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Solat Jumaat

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu

KUALA TERENGGANU:  Lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi. Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan pada Khamis. Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat  dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib. Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam). Ghazali mengemukakan cadangan pindaan itu kerana berpendapat enakmen itu mengangungi peruntukan yang sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan selain hukuman denda agak rendah dan tidak dapat memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat. Bagi solat Jumaat, sebelum ini enakmen itu menetap...