Situasi di lapangan terbang yang dipenuhi dengan lautan manusia kadang-kala akan wujudnya individu dengan niat yang tidak baik. Mungkin dilihat tenang, dan miliki wajah, serta penampilan seperti orang kebiasaan, namun siapa tahu, mereka sebenarnya sedang menjalankan aktiviti haram di lapangan terbang. Hakikatnya lapangan terbang bukanlah kawasan yang sesuai untuk mengenali atau berkenalan dengan orang lain. Ini bukan kerana kita tidak mahu bersosial ataupun sombong namun lapangan kawasan yang boleh kita panggil sebagai " touch n go " ini merupakan medan jenayah dimana kita mungkin menjadi mangsa. Tidak dapat dinafikan, apabila didampingi oleh orang yang tidak dikenali di lapangan terbang, kita mudah untuk terus beramah mesra, dengan niat untuk berkenalan atau membantu mereka jika dalam kesusahan. Tetapi, harus diingat, tindakan sebegini, boleh mengancam keselamatan anda, di kala anda lalai, atau tidak sedar. Perkara sebegini sudah banyak berlaku di lapang...
Rakan Sebaran Informasi Terkini