Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Haiwan Peliharaan

'Sampai Hati Kau Racun Kucing-Kucing Aku Sampai Mati!'

Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing-kucing kami. Bukan seekor tetapi tiga ekor!  Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk berwarna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.  Pada awalnya kami cuma tersedar seekor sahaja yang tiba-tiba berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tidak lama selepas itu, seekor lagi berbuih mulutnya. Okay, kami yakin in memang diracun! Terus pergi ke rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama juga, seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan itu. Kami bawa kucing itu balik dan beri minum air kelapa. Namun tidak lama selepas itu, mulutnya pula berbuih.  Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor kucing kami mengerang kesakitan dan mati di depan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi ai...

Misteri Kucing Hijau Kembali Kepada Warna Asal

Anda ingat lagi pada kisah misteri seekor kucing yang berwarna hijau? Tidak lama dulu muncul seekor kucing di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di Bulgaria. Orang ramai menjadi panik bila ternampak kucing yang berwarna hijau itu. Tidak lama kemudian, kisah tentang misteri kucing hijau mendapat liputan yang luas di media dan laman sosial. Ramai yang pelik melihat seekor kucing berwarna hijau. Kucing itu dikatakan sering tidur di kawasan tapak pembinaan yang menyimpan cat yang berwarna hijau. Dan dipercayai akibat dari itu, kucing itu turut bertukar warna. Selepas itu ramai yang mula mencari kucing hijau itu. Dan perkembangan terbaru mengenai misteri kucing hijau, ia kini sudah kembali pada warna asal. Aktivits pencinta alam telah berjaya menjejak kucing hijau itu dan membersihkannya. Namun walau sudah dibersihkan, tetap terdapat kesan-kesan hijau pada bulu kucing tersebut. Nampak tak perbezaan pada gambar kat atas tu. Hijau atau berwarna asal, ...

Berhati-Hati ! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing Terutama Sekali Kucing Yang Terbiar Atau Sakit...

Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing.. (jangan ambil remeh) Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing… Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa. Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka. CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cak...

Membesar Bersama Kucing Kesayangan

Kucing bernama Toco ini telah bersama bayi sejak lahir sehingga sekarang. Kawan baik sejati meskipun berlainan kehidupan.. :)