Kebersihan diri memang penting dijaga selalu agar penampilan kita tidak menganggu orang sekeliling. Bayangkan, jika badan berbau, rambut pula kusut masai dan pakaian berbau masam, siapa yang tahan berurusan dengan kita. Penampilan diri boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara, ada yang guna cara tradisional dan ada yang suka jalan mudah iaitu gunakan pewangi dan sebagainya. Bagi mereka yang banyak melakukan kerja luar atau memandu motorsikal sering mengalami masalah kulit kepala kering dan berdaki disebabkan cuaca dan habuk. Apabila berpeluh menyebabkan rambut berbau nak pula bila pakai helmet. Jadi kami ingin kongsikan satu petua tradisional mudah untuk menjaga kulit kepala tanpa perlu membeli syampo dan perapi rambut yang mahal. Anda boleh gunakan kulit tembikai untuk bersihkan kotoran pada kulit kepala. Cara bersihkan kotoran terutamanya pada kulit kepala sangat mudah dan ringkas caranya. Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih),...
Rakan Sebaran Informasi Terkini