Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pelajar

Bapa dedah anaknya yang dikelar diganggu sejak tingkatan 5

Mangsa Kelar Diganggu Sejak Tingkatan Lima – Bapa Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar  seorang lelaki pada Isnin pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima. Johari Hashim berkata pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya. Namun beliau berkata mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah. “Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya. “Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia  bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana  anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,” katanya kepada pemberita. Anaknya  Nursyuhada , 20, yang merup...

Penuntut Universiti Maut Dikelar Teman Lelaki Semasa Memandu

BUKIT GANTANG:  Seorang penuntut wanita sebuah UITM Pulau Pinang telah meninggal selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini. Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 19, pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh yang memandu sebuah kereta Proton Perdana warna hitam telah ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan terbabit. Menurut saksi kejadian, Md IKhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar daripada kereta sambil menarik mangsa ke tepi. "Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan. "Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta. "Suspek te...

2 orang Polis jahanam rogol dan peras ugut seorang pelajar kolej yang dicekup khalwat di Kota Damansara

Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa  merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun , polis mengesahkan. Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu, mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mendakwa seorang pegawai membawanya ke dalam kenderaan polis, manakala seorang lagi pegawai membawa teman lelakinya ke balai polis dengan keretanya. “Mangsa mendakwa semasa di dalam kereta polis, pegawai tersebut telah memintanya membayar RM2,000 untuk dilepaskan. “Mangsa bersetuju dan pegawai tersebut kemudian menurunkan dia dan teman lelakinya di tepi jalan. Dia berkata pegawai itu kemudian mengambil butir-butir dirinya,” kata Azmi. Pe...