PETALING JAYA: Ibu kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia Khamis lalu, terkejut dengan alasan anaknya didera kerana dipercayai mencuri komputer riba. Hawa Osman, 54, yang dipetik Sinar Harian yakin anak sulungnya tidak mencuri kerana beliau mempunyai komputer riba sendiri, sebaliknya banyak barang miliknya yang hilang. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi membersihkan nama Zulfarhan. “Baru-baru ini, telefon bimbit dia hilang ketika dia menjalani latihan berbasikal dan terpaksa menghubungi kami menggunakan telefon rakannya. Sebelum ini juga dia pernah kehilangan tab. “Guru dan rakan-rakan sekolah juga tidak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan untuk membersihkan namanya,” katanya kepada akhbar itu. Semalam, sumber yang dipetik The Star mendakwa pegawai kadet laut berusia 21 tahun ...
Rakan Sebaran Informasi Terkini