Skip to main content

Wanita Perlu Berhati-Hati! Dua Pelajar Ditangkap Ketika Sedang Mengambil Gambar Bawah Kain Wanita di Mid Valley

Tak disangka remaja zaman sekarang makin berani dalam melakukan kegiatan terkutuk mereka walaupun berada di kawasan awam. Baru-baru ini, seorang wanita bernama Siewmun Wong melalui pengkongsiannya di Facebook menceritakan kejadian di mana dia menangkap dua orang pelajar lelaki yang cuba mengambil gambar di bawah kainnya semasa sedang menaiki eskalator.

Dia menulis,

Gadis-gadis di luar sana berhati-hatilah apabila menaiki eskalator dan tangga. Hari ini saya menangkap seorang budak yang memakai seluar sekolah bersama sahabatnya yang lebih muda memakai baju t-shirt berwarna gelap sedang cuba mengambil gambar di bawah kain saya.”

“Budak lelaki yang lebih tua itu nampak seperti berusia 14 hingga 15 tahun, manakala yang muda pula kelihatan seperti baru berumur 12 tahun. Kejadian ini berlaku ketika saya sedang menaiki eskalator menuju ke Mid Valley dari stesen KTM pada pukul 6.33 petang, 2 Mei 2017,” sambungnya.

Menurut Wong lagi, “Apabila saya tersedar dengan apa yang sedang mereka lakukan, mereka cuba larikan diri. Tapi nasib baiklah ada seorang promoter berbangsa India yang berdiri berdekatan membantu saya menangkap mereka berdua.”

Selepas kedua-dua orang budak tersebut ditangkap, Wong merampas telefon mereka untuk memastikan gambar-gambarnya yang diambil tadi dipadamkan dengan segera. Namun selain dari gambar-gambarnya, dia juga menemui gambar mangsa-mangsa lain di dalam telefon tersebut.

Wong yang kecewa dengan apa yang berlaku meluahkan,

Budak-budak lelaki pada umur sebegini sepatutnya belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah. Tapi sebaliknya, mereka ini cuba merosakkan masa hadapan mereka dengan melakukan hal-hal yang tidak bermoral seperti ini. Disebabkan kamu ingin merosakkan masa depan kamu, saya akan laporkan ia kepada pihak polis.”

“Kepada sesiapa yang sedang membaca tulisan ini, tolong kongsikan ia kepada mereka yang tersayang supaya mereka juga boleh berhati-hati. Jikalau anda terserempak dengan dua orang budak lelaki ini di mana-mana sekitar kawasan Mid Valley City atau KL Sentral, tolong berjaga-jaga dan tangkap atau buat saja laporan polis mengenai mereka jika perlu,” tambahnya lagi.

Wong mengakhiri tulisannya di Facebook dengan ucapan terima kasih kepada lelaki berbangsa India dan Cina yang membantunya untuk mengejar dua orang budak tersebut di saat tiada sesiapa pun yang ingin menghulurkan bantuan.

Berhati-hati ye, girls semua. Sentiasa berjaga-jaga dalam semua jenis keadaan supaya anda tidak menjadi mangsa kepada situasi begini.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...