Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Teknologi

WOW! - KEYBOARD SPECIAL BUAT KAKI FACEBOOK

Anda rasa anda kaki tegar berfacebook? Rasanya gadget ini adalah sangat sesuai sekali dengan anda. SNAK, adalah keyboard komputer yang akan mempermudahkan penggunanya mengakses option yang ada pada Facebook. SNAK, yang merupakan singkatan dari Social Network Access Keyboard memiliki 19 key fungsi untuk pelanggan Facebook. Anda tidak perlu menggerakkan dan meng-klik kursor mouse untuk ‘up-date’ status, ‘like’ atau ‘dislike’ status, memberi komentar, melihat dan ‘upload’ foto atau menulis di ‘wall’ teman. Cukup dengan menekan kekunci fungsi, dan paparan Facebook yang anda inginkan akan terus muncul di layar komputer. Untuk lebih memudahkan penggunanya, tombol-tombol fungsi untuk Facebook ditempatkan di sisi kiri dan kanan keyboard. SNAK berfungsi dengan sistem operasi Linux, Windows; XP, Vista dan Windows 7.

Gambar Bergerak Kaedah Cinemagramming

Gambar-gambar ini di ambil dari fotografi professional menggunakan cinemagram apps. Cantikkan... Gambar yang simple membuatkan kita rasa nak tengok beberapa kali tak nak lepas pandang. Ia lebih mudah di lihat menggunak video. Setakat ini hanya dapat dilihat secara bergerak menggunakan desktop saja..

BENARKAH KERANA 'GOOGLE' OTAK KITA AKAN BENGAP

Pereka cipta terkemuka Britain telah memberi amaran bahawa “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk maklumat-maklumat yang dibaca, berdepan dengan kemungkinan mengalami bengap otak atau “kematian fungsi otak.” Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata remaja semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran secara praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di hadapan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia amat bimbang generasi pereka cipta akan datang, akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu melainkan dibantu oleh pencarian di Google. “Namun, remaja masakini boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya ketika mengulas tabiat bermain secara praktikal telah berpindah kepada alam ilusi di komputer.  Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli,...

SENARAI TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

5 TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA Mungkin pada pandangan sesegelintir, telefon yang bukan dalam kategori smartphone atau kini lebih dikenali dengan telefon asas sudah tidak lagi relevan, namun telefon itu masih lagi penting lebih-lebih lagi bagi golongan yang mementingkan ketahanan bateri. Lihat sahaja ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar baru-baru ini, antara masalah utama yang timbul adalah masalah perhubungan apabila bateri telefon sudah kehabisan. Sebagaimana yang kita tahu, jangka hayat bateri telefon pintar hanya sekitar dua hari sahaja manakala jangka hayat bateri telefon asas yang terkini boleh mencecah sehingga sebulan. Disini kami kongsikan beberapa telefon asas yang mempunyai jangka hayat yang lama berserta dengan harga dan spesifikasi masing-masing. Semoga senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kini mencari-cari telefon yang mempunyai jangka hayat bateri yang lama. - Siakapkeli.com.my 1 - N...