Skip to main content

SENARAI TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

5 TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

Mungkin pada pandangan sesegelintir, telefon yang bukan dalam kategori smartphone atau kini lebih dikenali dengan telefon asas sudah tidak lagi relevan, namun telefon itu masih lagi penting lebih-lebih lagi bagi golongan yang mementingkan ketahanan bateri.

Lihat sahaja ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar baru-baru ini, antara masalah utama yang timbul adalah masalah perhubungan apabila bateri telefon sudah kehabisan. Sebagaimana yang kita tahu, jangka hayat bateri telefon pintar hanya sekitar dua hari sahaja manakala jangka hayat bateri telefon asas yang terkini boleh mencecah sehingga sebulan.

Disini kami kongsikan beberapa telefon asas yang mempunyai jangka hayat yang lama berserta dengan harga dan spesifikasi masing-masing. Semoga senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kini mencari-cari telefon yang mempunyai jangka hayat bateri yang lama. - Siakapkeli.com.my

1 - Nokia 105 

TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

Telefon asas keluaran Nokia ini dikatakan mempunyai bateri yang tahan sehingga 35 hari(stand by). Selain mempunyai paparan berwarna, telefon ini juga dikatakan bebas habuk dan tahan lasak memandangkan luarannya diperbuat dari bahan asas yang kukuh.

Keluaran : Nokia
Model : Nokia 105
Bateri : 35 Hari (Standby), 12.5 jam(Masa bercakap)
Berat : 70gram 
Harga : RM60 ~ RM80

2 - Samsung Keystone 2

TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

Dengan rekabentuk yang nipis, telefon keluaran samsung ini datang dengan pakej lengkap sebagai telefon asas. Telefon ini dicipta dengan meletakkan keselesaan pengguna sebagai objektif terpenting kewujudannya. Memetik spesifikasi telefon ini dari laman rasmi Samsung, telefon ini dikatakan mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 hari untuk masa standy. Lebih menarik, telefon ini juga turut didatangkan dengan kamera asas.

Keluaran : Samsung
Model : Samsung Keystone 2
Bateri : 30 Hari (Standby), 7 jam(Masa bercakap)
Berat : 65gram 
Harga : RM80 ~ RM100

3 - Nokia 108

TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

Nokia 108 merupakan sebuah telefon asas dual sim keluaran Nokia. Antara kelebihan telefon ini adalah papan kekuncinya yang timbul selain dilengkapi dengan kamera 0.3 megapiksel. Telefon ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 31 hari bagi masa standy.

Keluaran : Nokia
Model : Nokia 108
Bateri : 31 Hari (Standby), 13.8 jam(Masa bercakap)
Berat : 70.2 gram 
Harga : RM90 ~ RM110

4 - Samsung La Fleur C3520

TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

Samsung La Fleur C3520 adalah telefon lipat keluaran samsung dan mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2011 lagi. Walaupun sudah lama, telefon ini masih lagi boleh didapati di pasaran. Menurut GSM Arena, telefon ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 25 hari.

Keluaran : Samsung
Model : Samsung La Fleur C3520
Bateri : 25 Hari (Standby), 9jam 10minit(Masa bercakap)
Berat : 97.3 gram 
Harga : RM118

5 - Nokia Asha 501

TELEFON ASAS YANG MEMPUNYAI JANGKA HAYAT BATERI PALING LAMA

Walaupun tergolong dalam kategori 'smartphone' juga, telefon ini dirasakan layak dimasukkan dalam senarai ini dek kerana penjimatan bateri yang ditawarkan olehnya walaupun berskrin besar dan mempunyai pelbagai fungsi. Penjimatan ini adalah kerana ia tidak dilengkapi dengan ciri 3G yang kini menjadi kewajipan bagi setiap smartphone. Apa yang menarik, ianya dikatakan dapat bertahan sehingga 48 hari dengan mod standby.

Keluaran : Nokia
Model : Nokia Asha 501
Bateri : 48 Hari (Standby), 17 jam(Masa bercakap)
Berat : 98.2 gram 
Harga : RM150 - RM170

**Kesemua data diambil dari laman web rasmi telefon masing-masing dan laman web gsmarena.com.

**Harga telefon diambil dari beberapa iklan di Mudah.my

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman