Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hartanah

Berkeinginan Untuk Membeli Tanah Lot? Ketahui 10 Risiko Beli Tanah Lot Bangunan Yang Tiada Geran Individu

Untuk membeli tanah pada masa kini, ianya mungkin sesuatu yang sukar, bukan disebabkan ketiadaan tanah, namun atas faktor harganya yang semakin tinggi serta dalam memastikan tanah yang akan dibeli dekat dengan kemudahan yang lain. Namun begitu, dalam membuat keputusan untuk membeli tanah, kita perlulah mempunyai pengetahuan akan status tanah tersebut, lebih-lebih lagi jika tanah yang ingin dibeli adalah tanah lot yang tidak mempunyai geran individu. Oleh sebab itu, admin ingin kongsikan kepada anda, 10 risiko dalam mebeli tanah lot ini, ianya dapat memberi pendedahan sedikit buat anda, sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jom kita tengok risiko apa yang mungkin anda perlu tempuh, perkongsian dari peguam hartanah, saudara  Salkukhairi Abdul Sukor . 10 RISIKO BELI TANAH LOT BANGUNAN TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI / GERAN KONGSI) 1.  Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli 2.   Nama Pembeli Tiada Dalam Geran 3. ...

Tips Memilih Kedudukan Strategi Rumah Sebelum Membuat Pembelian

Jika anda membeli apartment: Beli unit pada tingkat kedua daripada bawah dan keatas. Pilih unit yang mempunyai pemandangan yang cantik dan tidak terhalang Pilih unit yang menghadap utara ataupun selatan kerana unit ini lebih sejuk. Pilih unit corner (bukan kawasan laluan utama) Jika anda membeli rumah bertanah: Pilih rumah yang menghadap utara ataupun selatan. Rumah tersebut lebih sejuk kerana tidak terkena cahaya matahari terbit dan terbenam. Pilih rumah yang tidak menghadap rumah lain Pilih rumah yang menghadap taman permainan Pilih rumah yang sebaris dengan jalan mati supaya anda lebih tenang dan anak-anak lebih bebas bermain Elakkan daripada membeli pada kedudukan berikut jika anda membeli apartment : Berhadapan tangga (bising) Berhadapan lif (bising) Berhampiran lif (kawasan laluan utama) Tingkat paling atas (melainkan  Penthouse ) dan tingkat paling bawah Tingkat yang tidak digemari bangsa cina ; Tingkat 4, 14, 24 Tingkat yang tinggi untuk me...

Tips Beli Rumah Apartment atau Kondominium

Hari ini saya nak berkongsi info mengenai pembelian apartment dan kondominum. Apakah kreteria utama untuk pembelian kondo atau apartmen yang baik? Pembelian apartment dan kondominium high-end di Kuala Lumpur adalah satu perkara biasa dan kini ia sebagai tren dan gaya hidup terbaru, Jika anda memerlukan privasi dan “guarded house” untuk kediaman… apartment dan kodominium adalah hartanah terbaik pada anda. Sebelum anda membeli rumah apartment atau kondominium, kenali dahulu beberapa “check list” ini sebelum membeli. 1. Membeli rumah adalah satu pengalaman baru dalam hidup kita. Ini memberi kepuasan selepas beberapa tahun berpenat lelah bekerja untuk memberi rumah atau sebaliknya. Cuma kita jangan tersilap membuat pilihan, biasanya untuk mereka yang pertama kali memberi rumah, terutamanya rumah apartment atau kondominium disini saya sertakan beberapa “tips”. – Untuk apartment cuba cari rumah yang “low density” dan 10 tingkat kebawah. Kondominium biasanya semakin tinggi semaki...

Berapa Kos Untuk Bina Sebuah Rumah Hari Ini? Sebenarnya Sangat Murah!

Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru mula bekerja dan berkahwin. Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah? Jawapan : Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll. Gross area 1650ft2 – build up ...

RUMAH INI KELIHATAN KECIL, TAPI TUNGGU SAMPAI ANDA TENGOK 11 GAMBAR RUANG DALAMNYA

Banyak pemilik rumah hari ini masih berfikir yang lebih besar dan lebih luas adalah lebih baik, tetapi ada satu trend yang semakin meningkat di luar sana iaitu pemilikan rumah yang kecil dan comel.  Rumah-rumah ini mempunyai keluasan persegi yang minimum, tetapi dengan ruang yang kecil ini, mereka telah membuat pelan rumah yang sangat cantik. Malah, apabila anda melangkah di dalam rumah ini, anda akan lupa yang rumah ini sebenarnya kecil. Chris Heininge  adalah tukang pembuat rumah yang cemerlang dan pereka yang termashur bagi revolusi rumah kecil. Pada tahun 1999, beliau telah tinggal di  Aurora, Oregon , dan melihat bagaimana orang di sana meninggalkan Rumah Agam mereka dan berpindah kepada rumah yang lebih kecil dengan ciri-ciri lebih baik.  Sejak itu, dia telah berpuluh-puluh rumah kecil yang bukan sahaja kos membinanya yang murah, malah untuk menjaganya juga mudah. Cuba lihat di salah satu rumah-rumah mudah-alih miliknya yang berkeluasan hanya...

LUAHAN HATI PENJAWAT AWAM, BPH PUNCA RUMAH/BILIK SEWA DI PUTRAJAYA NAIK HARGA MENDADAK

Tahun ini dah genap 10 tahun aku tinggal di Putrajaya. Alhamdulillah kerana aku antara orang yang terawal tinggal di Putrajaya, aku dapat kuarters. 10 tahun yang lalu, aku hanya sewa bilik single, tak berkongsi dengan harga RM125 sebulan. Apabila kerja dah stabil, aku mohon kuarters dan dapat. Mungkin pada masa itu tak ramai yang tinggal di Putrajaya. Jadi, senanglah dapat.  Zaman-zaman itu, rumah sewa di Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) dan Putra Damai, bawah RM600 pun boleh dapat kalau pandai negotiate. Namun, sekarang (2015) nak cari rumah bawah RM900 pun sangat susah. Bilik sewa single room berkongsi pun harga di antara RM250 - RM500, bergantung kepada apa yang ada di dalam rumah itu. Puncanya? Tak salah kalau aku kata Bahagian Pinjaman Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri punya undang-undang dan penguatkuasaan adalah lemah. BPH gagal mencari sistem yang lebih sesuai untuk menangani masalah ini. Ramai yang tahu, banyak kuarters di Putrajaya dari rumah s...

15 TIPS MENYIMPAN DUIT UNTUK MEMBELI RUMAH

Cabaran beli kediaman sebelum usia 30-an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha dengan langkah-langkah ini : Buat satu Tabung Rumah Impian Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250 Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB Setahun kita telah ada RM6000 simpanan Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000 Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru (jangan jadi dungu) Sasaran kita rumah yang harga RM150 000 Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada. Amacam? Ada berani? Oh lupa, semak rumah subsale di mudah.my Jangan beli rumah dari pemaju, tengok harga dah bebulu Jika ...

Bagaimana mengeluarkan caruman KWSP Untuk Membeli Rumah?

Bagaimana mengeluarkan caruman KWSP ----------------------------------------------------- Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, pasti anda sedang mencongak-congak baki Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP). Untuk makluman anda, setiap caruman yang dibuat oleh anda dan majikan 30% dari jumlah itu akan di bahagikan pada Akaun II. Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun II sahaja untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu atau secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, suami,isteri, adik-beradik atau pun anak-anak). Tidak kiralah anda ingin membeli rumah terus dari pemaju atau dari individu anda boleh menggunakan jumlah baki akaun II anda untuk dijadikan “downpayment”. Bukan itu saja, anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP ini untuk pembelian rumah lelong. Jadi apakah syarat-syaratnya? Jika anda sedang merancang untuk membeli sebuah rumah kediaman jenis bungalow, teres, berkembar, apartment, kondominium, studio apartment, servi...