Skip to main content

Tips Beli Rumah Apartment atau Kondominium

Tips beli rumah apartment dan kondominium

Hari ini saya nak berkongsi info mengenai pembelian apartment dan kondominum. Apakah kreteria utama untuk pembelian kondo atau apartmen yang baik?
Pembelian apartment dan kondominium high-end di Kuala Lumpur adalah satu perkara biasa dan kini ia sebagai tren dan gaya hidup terbaru, Jika anda memerlukan privasi dan “guarded house” untuk kediaman… apartment dan kodominium adalah hartanah terbaik pada anda.
Sebelum anda membeli rumah apartment atau kondominium, kenali dahulu beberapa “check list” ini sebelum membeli.
1. Membeli rumah adalah satu pengalaman baru dalam hidup kita. Ini memberi kepuasan selepas beberapa tahun berpenat lelah bekerja untuk memberi rumah atau sebaliknya. Cuma kita jangan tersilap membuat pilihan, biasanya untuk mereka yang pertama kali memberi rumah, terutamanya rumah apartment atau kondominium disini saya sertakan beberapa “tips”.
– Untuk apartment cuba cari rumah yang “low density” dan 10 tingkat kebawah. Kondominium biasanya semakin tinggi semakin bagus, ini kerana mengambil kira faktor “view dan privacy”.
-Linkungan umur yang membeli apartment biasanya dari awal 20-an ke umur 35 tahun. Mungkin baru saja berkahwin ataupun yang inginkan “privacy”. Jadi anda perlu pastikan rumah yang ingin dibeli mudah dari segi faktor pangangkutan dan perhubungan. Kita mungkin tinggal di apartment/kondo dalam sekitar 5-10 tahun. 
2. Bila keluarga semakin bertambah biasannya kita akan cuba mendapatkan rumah yang lebih luas terutamanya rumah teres ataupun rumah bungalow. Bila tiba masanya anda ingin menjual rumah tersebut, jika rumah terletak dikawasan yang strategik akan menjadi agak mudah menjual rumah tersebut. Pastikan lokasi rumah yang ingin dibeli terletak dikawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya berdekatan dengan kolej ataupun universiti.
3. Pastikan pemaju yang membangunkan projek tersebut kukuh dari segi kewangan dan mempunyai “track record” yang bagus. Kita tidak mahu niat yang baik menjadi sejarah hitam dalam hidup kita. iya akan memberikan kesan psikologi yang amat dalam dalam hidup kita jika rumah tersebut terbengkalai atau pun sebaliknya.
4. Lokasi…Lokasi..Lokasi. Cari lokasi rumah yang ada potensi pelaburan.
Membeli hartanah bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan secara kerap didalam kehidupan kita. Kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membeli rumah sebanyak 2 kali sahaja seumur hidup. Beli buat pertama kali semasa muda dan setelah 10-20 tahun… mereka membeli rumah dikawasan yang dirasakan sesuai untuk persaraan.
Jadi mungkin apa yang anda beli hari ini akan dilupuskan untuk mendapatkan hartanah yang lebih baik hari esok. Belilah hartanah hari ini dengan pelaburan jangka panjang didalam minda.

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...