“Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” - Tahniah! Jamal Abdillah Sah Nikah Buat Kali Keempat
Sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan penyanyi yang digelar Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sudah bernikah. Menurut sumber kira-kira dua bulan lalu, pelantun lagu Ghazal Untuk Rabiah ini sudah melangsungkan pernikahannya dengan gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah. Jamal mengakui bahawa dia memang sudah bernikah dan itu telah menjawab segala dakwaan tentang pernikahannya. “Ya, saya sudah bernikah,” kata penyanyi legenda itu. Namun Jamal enggan mengulas mengenai pernikahannya itu dengan lebih lanjut. “Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp. Difahamkan, sewaktu majlis pernikahan berlangsung, majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak. Dalam pada itu, Jamal juga turut menafikan dakwaan yang mengatakan majlis kesyukuran yang berlangsung di kediamannya, Shah Alam tempoh hari adalah bersempena pernikahannya. “Ia adalah ma...