Skip to main content

“Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” - Tahniah! Jamal Abdillah Sah Nikah Buat Kali Keempat

Sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan penyanyi yang digelar Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sudah bernikah.

Menurut sumber kira-kira dua bulan lalu, pelantun lagu Ghazal Untuk Rabiah ini sudah melangsungkan pernikahannya dengan gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah.

Jamal mengakui bahawa dia memang sudah bernikah dan itu telah menjawab segala dakwaan tentang pernikahannya.

“Ya, saya sudah bernikah,” kata penyanyi legenda itu.

Namun Jamal enggan mengulas mengenai pernikahannya itu dengan lebih lanjut.

“Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, sewaktu majlis pernikahan berlangsung, majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak. Dalam pada itu, Jamal juga turut menafikan dakwaan yang mengatakan majlis kesyukuran yang berlangsung di kediamannya, Shah Alam tempoh hari adalah bersempena pernikahannya.

“Ia adalah majlis tahlil untuk arwah ibu dan bapa saya, doa selamat sempena menyambut Ramadan dan berpindah ke rumah baru,” ujarnya.

Untuk info, pernikahan Jamal kali ini merupakan pernikahan kali keempat buatnya selepas bercerai dengan Fatimatuzahra Samad pada 15 Mei 2007.

Hasil perkahwinannya bersama Fatimatuzahra, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani.

Perkahwinan pertamanya adalah bersama Basariah Abdul Latiff pada tahun 1988. Selepas bercerai dengan Basariah pada tahun 1996.Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan hasil perkahwinan mereka ini, mereka telah dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani.

Sedikit info tentang kariernya sebagai seorang penyanyi, Jamal merupakan juara di dalam sebuah pertandingan nyanyian iaitu Bintang RTM pada tahun 1979 dan kejuaraannya itu sekali gus mengangkat namanya di dalam industri seni tanah air.

Selepas bergelar juara Bintang RTM, Jamal telah dilamar oleh syarikat rakaman WEA (Warner Music) ketika dia berusia 20 tahun.

Sumber: Harian Metro
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...