Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

5 Perkara yang Akan Selalu Diingati Anak Tentang Orang Tua Mereka

Tidak ada petua atau pedoman khas tentang bagaimana membesarkan anak menjadi peribadi yang baik dan berguna untuk bangsa. Kasih sayang, nilai agama, dan teladan, merupakan tiga hal yang selalu ditekankan ramai psikologi untuk membangun keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang. Jika tidak percaya, cuba semak senarai berikut yang memperincikan lima perkara paling diingati anak dari orang tua mereka: 1. Perlindungan Dari Orang Tua Ketika anak merasa sedih, ketakutan, atau emosi mereka akan ingat bagaimana cara orang tua mereka melindungi dan meredakan rasa takut tersebut. 2. Perhatian Orang Tua Anak-anak akan selalu mengingati masa-masa menghabiskan waktu berkualiti bersama orang tuanya. Selain itu, mereka juga akan selalu terkenang pada perhatian orang tua terhadap keperluan mereka, terutama keperluan yang berkaitan dengan emosi. 3. Komunikasi Ayah dan Ibu Kali pertama anak menyedari dan memahami kasih sayang adalah ketika komunikasi yang terjalin

4 Petua Terbaik Untuk Melebatkan Janggut Dan Misai Rugi Kalau Tak Cuba!

Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan daripada Saidatina Aishah Radiayallahu Anha katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda: 10 perkara dari sunnah perjalanan Nabi, mengandam misai, membiarkan janggut (yakni tidak bercukur atau mencabutnya), bersugi, memasukkan air ke dalam hidung (semasa mengambil air sembahyang) dan memotong kuku. ( Hadis riwayat Muslim) Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu. ( Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.) Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai. ( Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih) Jadi, di sini saya kongsikan beberapa Petua Untuk Melebatkan Janggu

Penting Untuk Simpan Doa Ini Bila Ada Kehilangan Barang Yang Kita Mahu Ianya Dikembalikan, Insya Allah

Bismillah…Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang. Dulu-dulu- Semasa di asrama selalu juga terkena. Hilang selipar sebaik solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama. Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan paling saya terkilan- Dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh penghuni dalam rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yang putus menunggu dibawa ke kedai emas. Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu, saya akan berasa sangat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yang mengambil tu. Allahu. Bukan tak redha…Tapi perbuatan tu sangat bodoh dan orang yang tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macamtu. Saya yakin dia sekarang s

'Jangan Biarkan Anak Guna Bouncer Tanpa Pengawasan' - Bayi Maut Terjerut Ketika Cuba Keluar Dari Bouncer

Bouncer, rocker, car seat dan yang sewaktu dengannya sepatutnya melindungi anak-anak kecil daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun, siapa sangka peralatan-peralatan seperti ini boleh 'membunuh' si penggunanya tanpa sedar? Inilah sebabnya mengapa ibu bapa diingatkan agar tidak membiarkan si kecil bersendirian apabila menggunakan peralatan seperti ini. Silap-silap, nyawa anak sendiri melayang hanya kerana ibu bapa terleka seketika. Baca perkongsian dari lelaki yang gemar membaca buku-buku forensik ini.  Dah lama cari gambar ini untuk bagi ibu bapa mudah faham. Masa yang terluang selalunya saya lebih suka baca tentang kes-kes forensik yang melibatkan kanak-kanak. Ini kes yang melibatkan rocker atau bouncer yang selalu digunakan oleh ibu bapa meletakkan bayi mereka di atasnya dan diikat agar tidak terjatuh.  Dalam kes ini. bayi diletak dalam bouncer dan dibiarkan bersendirian tanpa sebarang pengawasan. Kanak-kanak ini biasalah, bukannya akan

Jangan Mengelabah “E” Bukan Simbol Minyak Habis Tau

Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip. Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah: 1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km. 2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’. 3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km. 4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten. Perkongsian berguna ini kami dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu, Dato’ Ir Hj M

[VIDEO] Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Makkah

RIYADH: Tentera gabungan Arab Saudi semalam telah berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dipercayai telah dilancarkan oleh  pemberontak Houthi ke arah kota suci Makah. Memetik laporan  Saudi Press Agency  , peluru berpandu berkenaan telah berjaya dipintas kira-kira 65 kilometer dari Makkah dimana ia telah ditembak dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi. Susulan dengan itu, pihak tentera Arab Saudi terus melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan. "Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan." "Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu,"  kata tentera gabungan dalam satu kenyataan. Pemberontak Houthi mengaku telah melancarkan sebuah

Jangan Cakap Besar Atau Pelik-Pelik Ketika Melalui LPT2

Sebelum ini anda sudah pasti pernah terdengar kisah-kisah seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 yang diceritakan di media, ada yang mengatakan lebuhraya memang benar-benar berhantu sehingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan. Namun ada juga yang mendakwa kemalngan yang berlaku di LPT2 berkenaan bukanlah sebab berhantu tetapi kerana struktur pembinaan jalan. Apa pun yang terjadi sebelum ini tidak dapat dipastikan, terbaru seorang lelaki bernama Hazir Haron telah berkongsikan satu kisah yang berlaku kepadanya.  Beliau menceritakan pengalaman seramnya melalui LPT 2 yang agak menyebabkan bulu roma anda naik. Jom kita baca; Salam buat semua. Ini status susulan status pagi tadi masa saya upload. Baiklah, nak kata seram macam tak seram sangat. Nak kata diikat, macam tak kena ikat. Apa-apa pun, ini pengalaman kedua sebenarnya terkena di jalan raya. Okay, saya cerita dari mula sampai habis. Jam 8.35 malam Selepas dah buat tempat tidur anak-anak dalam Hellfire pu

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Burger Paling Pedas Di Dunia - Wajib Pakai Sarung Tangan Ketika Makan!

Burger Paling Pedas Di Dunia Wajib Pakai Sarung Tangan Ketika Makan! Sehingga kini, rasanya masih belum ada rekod burger terpedas di dunia yang tercatat di dalam Guinness World of Records. Namun jika ada, penghargaan tersebut pastinya diraih oleh restoran Atomic Burger di Bristol, England. Disebabkan pedasnya, pelanggan diwajibkan memakai sarung tangan dan menandatangani perjanjian sebelum memakan Atomic Burger. Dengan nama Atomic Burger Fallout, burger terpedas tersebut disajikan dengan sambal yang diperbuat dari dua jenis cili paling pedas di dunia, demikian seperti yang dilaporkan Huffington Post. Selain rasa pedasnya, burger ini juga cukup aneh. Sebabnya kerana bukan memakai roti, sebaliknya menggunakan hirisan pizza sebagai salah satu bahan utamanya. Atomic Burger telah melancarkan 'Fallout Challenge' bagi sesiapa sahaja yang boleh menghabiskan burger terpedas dalam masa sejam. Jika berjaya, pemenang akan diberikan hadiah baju