Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Gossip

Malique nafi jawab ‘khabar baik, bro’

“SAYA tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan saya tidak pernah membalas “khabar baik, bro”,” kata  Malique  dalam satu kenyataan di laman rasmi syarikat rakaman beliau, Qarma Musiq, 1 Februari lepas. Malique   atau  Malique   Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow selepas lagu ‘Apa Khabar’ kerana menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini. Malique nafi jawab ‘khabar baik, bro’ Malique  juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyokong pembabitan ‘dirinya’ dalam lagu ‘Apa Khabar’. Melalui kenyataan ringkas tersebut,  Malique   turut ‘menghargai’ jika dia hanya dikaitkan dengan Qarma Musiq dan karier solo beliau sebagai Malique Ibrahim. “Buat masa ini, saya tidak berminat untuk menghidupkan semula Too Phat atau membalas kepada mana-mana lagu yang dikatakan berkaitan dengan diri saya,” tegas  Malique .

(3 GAMBAR) Pekerja Dedah Perangai Dan Gelar Penyanyi Siti Nurhaliza Sebagai "Mimpi Ngeri"

#Seorang pekerja SNP telah menggelar bosnya iaitu penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri di dalam contact number di telefon bimbitnya. Ada yang #bertanya kenapa simpan nombor Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri, adakah kerana dia seorang bos yang garang. Namun sebenarnya, berdasarkan sumber, pekerja bernama Miela itu seorang pekerja yang rapat dengan Siti Nurhaliza dan suka bergurau dan bersenda dengan Siti Nurhaliza. Sehinggakan mereka berdua pernah berebut bantal di dalam kereta, begitlah rapatnya hubungan mereka berdua. klik pada gambar untuk besarkan Jadi mungkin dia save contact number Siti Nurhaliza sebagau bahan gurauan sahaja. Bukan betul-betul mimpi ngeri pun. klik pada gambar untuk besarkan  Kiranya perangai mereka berdua ni gila-gila sikit dan juga mendedahkan perangai Siti Nurhaliza sebagai bos yang baik.Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Anak Sulung Awie Dedah Penipuan Rozana Misbun, Sedia Jadi Saksi

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun. Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun. Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar) Kenyataan Rozana Misbun Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan. Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha: Kenyataan Puteri Aleeya Untuk pengetahuan Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira. Mereka bercerai pada 16 Oktober 2006 dan dikurniakan 2 anak perempuan Puteri Aleeya dan juga Puteri Aleefa.