Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Bagi Peminat Kopi Yang Nak Tambah Khasiat Pada Minuman Kegemaran, Anda Mungkin Mahu Mencuba Kopi Halia Selepas Baca Ini

Anda mungkin pernah merasai dan menikmati teh halia panas mahupun yang sejuk. Namun, pernahkah anda membayangkan kopi yang dicampurkan dengan halia? Apa pula rasanya? Sebenarnya ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik dan sensasi, menggabungkan halia bersama kopi merupakan satu cara untuk mendapatkan satu minuman yang sangat sihat, bukan omong kosong ya! Jika anda tidak tahu, kedua-dua halia dan juga kopi merupakan jaguh bagi carta antioksidan terbaik. Kopi berada di tempat pertama dikenali sebagai makanan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Manakala, halia tidak jauh dari situ, turut dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi.  Jadi, bayangkan anda menggabungkan keduanya! Kopi yang kebanyakan disukai oleh lelaki membantu menangani pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya.  Manakala, halia telah digunakan sejak 2,000 tahun lalu dalam pelbagai tamadun terutamanya di Asia dan juga Afrika. Bukan sahaja

Kena Selalu Kunci Pintu Kalau Taknak Perkara Seperti Ini Berlaku

Zaman sekarang ni dah macam-macam perkara pelik berlaku. Boleh dikatakan, Negara kita sudah tidak selamat lagi. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berjaga-jaga walau kemana kita pergi.  Khusus buat kaum wanita, jagalah keselamatan korang terutama ketika berhenti di lampu merah. Seperti video yang ingin kami kongsikan ini, seorang wanita sempat merakam aksi pendatang asing kanak-kanak yang berkeliaran di lampu merah untuk meminta derma dengan cara paksaan.  Mereka hingga berani ingin membuka pintu kereta untuk meminta wang daripada orang yang sedang menunggu di lampu isyarat. Jadikan sebagai peringatan okay! Mungkin sekarang mereka hanya ingin meminta derma, namun kita kena sedia maklum sikap agresif ini mungkin boleh mencederakan kita suatu hari nanti.  Sumber: THR Gegar loading...

Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu...

"Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapinya. Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaikan ceramah agama." Demikian kata penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu. "Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT." Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta 1 Februari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya.Ustaz Hanafi bagaim

Apabila Diri Terasa Jauh dengan Allah? Lakukan 3 Perkara Ini Agar Dekat Dengan-Nya..

Tahap pertama untuk dekat dengan Allah Ta’ala ialah membiasakan diri dengan amalan ketaatan dan terus menerus memperbaikinya hingga menjadi amalan terbaik. Berbeza dengan zikir yang parameternya adalah sebanyak-banyaknya, amal ketaatan atau amal soleh dihitung berdasarkan kualiti, bukan kuantiti. Dekat dengan Allah Ta’ala juga boleh digapai melalui tangga kedua yang disebut dengan akhlak yang mulia. Dalam tahap ini, seorang hamba harus berupaya sungguh-sungguh menjauhkan dirinya dari sifat-sifat makhluk secara umum, berupaya sekuat tenaga meneladani Nabi, kemudian mengamalkan sifat-sifat malaikat di dalam dirinya. Melalui tiga tahap itu menjauhi sifat mahkluk, meneladani Nabi, dan memilki sifat malaikat-maka seorang hamba akan berada dalam posisi yang dekat dengan Allah Ta’ala. Sifat-sifat makhluk yang harus dijauhi ialah perbuatan-perbuatan negatif yang masyhur dilakukan oleh sifat-sifat hewani dan syaithani. Rakus. Sombong. Serakah. Ego. Pemarah. Pembenci. Pendendam. D

Beza Barang Runcit Kita Boleh Beli Dengan RM50 dan $50 Dollar Singapura

Dengan harga dollar Singapura yang terus mencatat rekod tertinggi berbanding ringgit Malaysia, portal www.todayonline.com telah membuat perbandingan harga pembelian barang runcit pada harga RM50 dan 50 dollar Singapura. Selepas melihat perbandingan kita tahu kenapa orang Singapura lebih suka membeli barang di Malaysia. Perbandingan itu dibuat untuk pembelian barang di hypermarket Giant di Singapura & Johor Bahru untuk melihat nilai sebenar mata wang pada pengguna (pada kadar tukaran S$1=RM3.17). Jumlah barang yang dibeli dengan harga S$50 di Johor Bahru 1 ekor ayam, 1.8kg (RM14.49) 1 botol minyak Naturel Canola 3 liter dan minyak masak sunflower  (RM21.99) 1 kotak Kellogg’s Cornflakes 500 gm (RM9.99) 1 tin susu pekat manis 505gm  (RM3.06) 1 ketul mentega Buttercup butter spread 500gm (RM10.77) 1 roti Classic Gardenia saiz jumbo 600g (RM3.40) 1 botol pencuci lantai 2 liter (RM5.99) 1 ikat bayar (RM1.99) 100gm cili (RM1.69) 1 botol sos cili

Anak Lain Semua Berjaya Kecuali Yang no.3. Aku Selalu Perli Dia. Suatu Hari Aku Strok, Apa Yang Dia Buat Menyentuh Hatiku !!!

“Saya ada 4 orang anak, semua berjaya kecuali seorang. Ada doktor, enginer dan lawyer tapi yang no.3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan tapi hasil tak de. Tak macam abang, kakak dan adik dia dapat straight A. “Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan saya. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia, ‘tengok macam adik beradik yang lain, semua kerja elok-elok. Kau sorang je kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia. “Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la cikit. Tak juga.  Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik. Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah. Anak Berhenti Kerja “Satu hari anak ke3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa. Dia

'Sampai Hati Kau Racun Kucing-Kucing Aku Sampai Mati!'

Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing-kucing kami. Bukan seekor tetapi tiga ekor!  Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk berwarna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.  Pada awalnya kami cuma tersedar seekor sahaja yang tiba-tiba berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tidak lama selepas itu, seekor lagi berbuih mulutnya. Okay, kami yakin in memang diracun! Terus pergi ke rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama juga, seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan itu. Kami bawa kucing itu balik dan beri minum air kelapa. Namun tidak lama selepas itu, mulutnya pula berbuih.  Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor kucing kami mengerang kesakitan dan mati di depan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kela

Jangan Sesekali Pecahkan Gelembung Akibat Melecet Pada Kaki. Nak Tahu Kenapa? Baca Ni..

Pernah tak dengar petua orang tua sebelum pakai kasut baru kita kena gigit dulu kasut tu? Tujuan petua itu adalah untuk mengelakkan kaki kita "digigit" oleh kasut menyebabkan melecet pada kaki kita. Apa yang ingin kami kongsikan bukan lah sama ada petua itu sahih ataupun tidak tetapi kesan gelembung melecet pada kaki ini kadang kala menjadi teruk jika kita terus memakai kasut yang tidak selesa untuk kaki kita. Gelembung ini terjadi akibat kaki seseorang itu melecet disebabkan kasut yang dipakai. Melecet pada kaki akan menyebabkan kulit jadi gelembung dan berair. Persoalannya, patutkah gelembung itu dipecahkan?  Menurut Dr Suzanne Levine yang merupakan pakar penyakit kaki dari New York, dia menyarankan kita dari memecahkan gelembung tersebut.  Malah Dr Suzanne menyeru agar merendam kaki dalam air larutan garam dan keringkan dengan tuala lembut.  Air gelembung tersebut kotor dan kemungkinan individu akan terkena jangkitan kuman pada kulit. Sekiranya

Adakah Perlu Untuk Kita Meninggikan Suara Semasa Berzikir Selepas Solat? Ini Sebabnya...

�Dalam Sahihain dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: ُكنَّا نَعْرِفُ انْقِضَاءَ الصَّلاَةِ فِي عَهْدِ النَّبِي عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِرَفْعِ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ “Ertinya: Dahulu kami mengetahui selesai solat pada zaman Nabi dengan suara zikir yang kuat”. إن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي صلى الله عليه وسلم وأنه قال أيضا: كنت أعلم إذا انصرفوا بذلك إذا سمعته �"Dari Ibnu Abbas ra. : "Sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib, adalah biasa pada masa Rasulullah. Ibnu Abbas ra. berkata, "Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, kalau suara mereka telah kedengaran". [Hadis riwayat al-Bukhari #805 dan Muslim #563]. � Berkata Imam al-Nawawi dalam Sharh Muslim bahawa ini adalah dalil yang menyatakan bahawa sebahagian ulama' salaf mengata mustahab atau digalakkan meninggikan suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardu. Ini juga merupakan pendapat Ibn Hazm al-Zhahiri. Mazhab Sy

Tak Pernah Dengar Masker Timun Dan Putih Telur? Alami Sendiri Hasilnya!

Seharian bekerja, tidak cukup tidur, masalah kesihatan; semua ini membuatkan kulit wajah kelihatan penat dan kusam. Untuk mengembalikan kesegaran pada kulit wajah, kita sering kali menempek hirisan timun pada wajah. Namun, pernahkah anda terfikir untuk membuat masker wajah menggunakan gabungan timun dan putih telur? Foto: Brightside Kalau anda nak tahu masker wajah diperbuat daripada pulpa timun yang diparut halus dan busa dari putih telur bukan sahaja  penyegar  yang bagus, malah ia  merawat jerawat   dan  mengecilkan liang pori   serta  mengurangkan kedutan mata . Bahan: 1 biji timun 1 biji telur (ambil putihnya sahaja) Cara membuatnya: 1. Pukul putih telur sehingga kembang dan kental. Foto: Pinterest 2. Parut halus timun sehingga peroleh dua sudu besar pulpa timun. Foto: Her Campus 3. Campur sebati kedua-dua bahan. Cara menggunakannya: Foto: Indian Beauty.tips Oleskan pada wajah dan biar selama 15 minit