Kekasih TRANSIT Perwatakan Macho Tetapi Selepas 6 Bulan Kenal Rupanya Kaki Pukul. Berhati-Hati Para Wanita Jangan Kemaruk Sangat Nak Berlaki!
Selepas graduated, hampir 2 tahun saya cuma bekerja sebagai kerani cabuk di sebuah syarikat yang berstatus enterprise shj sebelum saya dapat tawaran bekerja di sebuah listed company pada tahun 2014 dan Alhamdulillah saya happy bekerja disini sehingga sekarang. Sewaktu saya join company tersebut, saya mempunyai conflict dengan ex boyfriend saya, saya namakan dia sebagai A. Dengan A kami bertahan hanya disebabkan ibunya sahaja. sejujurnya waktu itu saya sendiri dapat rasakan si A tidak cintakan saya , tetapi disebabkan ibunya yang nak sangat bermenantukan saya, dia cuma akur. ibunya sangat memandang darjat dan keturunan, maklumlah semua anaknya doctor, jadi dia terlalu memilih bakal menantunya. Bukan si A tidak pernah bawa balik perempuan, tetapi kebanyakan di reject. saya? saya tidak tahu apa yang ibunya lihat pada saya, tetapi soalan pertama yang keluar dari mulutnya masa pertama kali jumpa saya grad dengan pointer berapa? parent sy kerja apa? adik beradik saya graduated man...