Skip to main content

Kekasih TRANSIT Perwatakan Macho Tetapi Selepas 6 Bulan Kenal Rupanya Kaki Pukul. Berhati-Hati Para Wanita Jangan Kemaruk Sangat Nak Berlaki!

Selepas graduated, hampir 2 tahun saya cuma bekerja sebagai kerani cabuk di sebuah syarikat yang berstatus enterprise shj sebelum saya dapat tawaran bekerja di sebuah listed company pada tahun 2014 dan Alhamdulillah saya happy bekerja disini sehingga sekarang.

Sewaktu saya join company tersebut, saya mempunyai conflict dengan ex boyfriend saya, saya namakan dia sebagai A. Dengan A kami bertahan hanya disebabkan ibunya sahaja. sejujurnya waktu itu saya sendiri dapat rasakan si A tidak cintakan saya , tetapi disebabkan ibunya yang nak sangat bermenantukan saya, dia cuma akur. ibunya sangat memandang darjat dan keturunan, maklumlah semua anaknya doctor, jadi dia terlalu memilih bakal menantunya.

Bukan si A tidak pernah bawa balik perempuan, tetapi kebanyakan di reject. saya? saya tidak tahu apa yang ibunya lihat pada saya, tetapi soalan pertama yang keluar dari mulutnya masa pertama kali jumpa saya grad dengan pointer berapa? parent sy kerja apa? adik beradik saya graduated mana, dan sekarang kerja sebagai ape? tapi masa tu Alhamdulillah lepas.. parent saya kerja kampung shj, tapi adik beradik saya semua berjaya. mungkin itu yang dilihatnya.

Okay, dengan conflict yang sedia ada, di company baru saya di dekati oleh jejaka-jejaka yang bujang, rasanya benda tu berlaku di semua company, mesti ada yang mengayat bila ada staff perempuan yang bujang masuk. dan waktu itu ada seorang lelaki biarlah saya namakan B, B ni selalu usha saya, selalu menolong saya bila saya perlukan bantuan. dia juga seorang sweet talker, memang akan cairlah perempuan-perempuan yang dengar ayat-ayatnya. 

Entah kenapa saya terjatuh hati dengan dia, saya juga bercerita tentang masalah saya dengan si A kepada B. lama kelamaan saya rasa selesa dengan B dan saya memutuskan hubungan dengan A. waktu tu, keluarga si A telah membuat persiapan untuk meminang saya. waktu itu perasaan bersalah pada si A terlalu menebal, tambahan pula ibunya yang terlalu baik dengan saya. tapi hati saya waktu itu tidak yakin dengan si A sendiri.


Rupanya-rupanya setelah tiga tahun hubungan saya dengan si A terputus, 2 bulan lepas saya terima text dari seorang perempuan, rupanya GF si A, mengikut beliau dia bercinta dengan si A sebelum kehadiran saya lagi. dan dia adalah salah seorang mangsa reject ibu A. sewaktu saya bercinta dengan si A, rupanya mereka juga masih bercinta. sekarang dia ada masalah dengan ibu A, mengikut beliau, ibu A hendak pisahkan diorang samaada hidup atau mati. 

Ya Allah, tetiba sakit hati saya dengar. sebabkan perempuan tu cuma lepasan SPM, samapi begitu sekali dia cuba masuk campur urusan anaknya. so, perasaan bersalah pada si A dah tak ada sekarang ni. klau tak smpai sekarang dihantui dengan perasaan bersalah itu.

B, awal perkenalan, saya tidak dapat menghidu perangai baran dan psikonya. seingat saya lebih 6 bulan baru perangai sebenarnya muncul sedikit demi sedikit. dia mula mengongkong saya, tidak benarkan saya berkawan dengan kakak-kakak senior dari satu group ni. dia tidak benarkan saya berckap dengan lelaki-lelaki di ofis, kalau ada lelaki yang menegur saya, balik nanti dia akan marah. 

Setiap malam dia akan ajak saya keluar, saya ni pula dah biasa melepak dirumah sebelum kenal dia, jadi bila setiap malam keluar, saya jadi penat, kalau ada satu hari saya cakap tak nak keluar, dia akan marah, menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain.

Perangai nya jadi parah, dia mula memukul saya. Saya ingat lagi, hari tersebut kami ada meeting nationwide. jadi masa meeting tersebut, ada kawan lelaki saya hadir. bukan kawan rapat pun, kami kenal masa sama-sama interview dulu. lps tu beberapa kali course sama dengan dia. dia cuma menegur saya, dan kami bersembang kurang dari 5 minit pun. balik tu, dalam kereta dia belasah saya habis-habisan, kepala saya benjol, bibir saya berdarah kena belasah. alasannya, saya tak pandai jaga diri.

Masa tu saya nekad untuk jauh diri darinya, saya cakap parent saya tak pernah pukul saya, apa hak dia nak pukul saya. dia cakap ‘sebab parent ko bodoh, tak ajar cara nak jaga diri,’dia selalu cakap parent saya orang kampung, tak pandai didik anak jadi baik. maklumlah dia orang KL dari family ternama. saya pelik, saya bukan buat maksiat pun, bukan bercakap rapat-rapat pun dengan kawan lelaki tu. bercakap pun hal kerja, apa yang tak pandai jaga dirinya. lepas dah belasah dia akan minta maaf, dia akan pujuk saya dengan kata-kata manisnya.

Lama kemudian, dia bawa saya berjumpa kawan lelakinya, kawan di zaman kolej. kawannya dan bertunang, dan setiap kali berjumpa, dia akan bawa tunangnya sekali. beberapa kali jumpa, dia cakap saya sukakan kawannya tersebut, alasan diberi sebab setiap kali kawannya bersembang, saya akan dengar. dah tu saya ada telinga, mesti lah saya akan dengar, dan sesekali saya akan response. tak kan nak membatu je. itu juga menjadi pergaduhan kitorang, dia mula menuduh saya ada whatsaap kawannya personal. wallahi saya tak pernah pun nak text member dia tu.

Perangai psikonya menjadi-jadi, pernah cekik saya hampir nak mati, sebab kononya saya tak halang maknyah masuk toilet perempuan, waktu tu saya berada di dalam toilet, tengah membuang, mana saya tahu sapa yang masuk selepas saya. kami bergaduh, saya cakap habis tu kenapa dia tak halang maknyah tu sedangkan dia mmg tunggu saya betul-betul depan pintu toilet.

Dia pernah cuba tolak saya dari escalator, sebabnya, waktu tu ada 2 orang lelaki di belakang kami, lelaki tersebut bercakap dialect kelantan, dan kebetulan saya senyap tidak bercakap apa-apa dengannya, alasannya saya cuba tarik perhatian lelaki dekat belakang tu, maklumlah sama negeri. 

Pernah tendang saya dari belakang waktu di basement, waktu tu ada 2 couple yang memandang kami, diorang cuba meleraikan kami. dia terus tarik saya masuk kereta, dalam kereta dia marah lelaki tu sebab masuk campur, katanya dia ingin cari balik lelaki tersebut nak bunuh. masa tu saya diam tak cakap apa-apa, kalau saya melawan boleh berbunuh rasanya.

Hari demi hari saya memang nak berpisah, tapi saya tiada cara, saya pernah baca satu artikel, tapi tak ingat dimana, orang yang ada mental illness ni kita tak boleh lari darinya secara drastik, sebab bila dia dipenuhi perasaan amarah, dia tak sedar apa yang dia lakukan. 

Sebab tu banyak kes bunuh yang berlaku. ye, saya mengkaji sifat dia, setiap kali dia pukul saya, lepas tu dia akan pujuk. contohnya bila tengah baik, saya cakap jangan la pukul saya lagi, dia cakap bila masa dia pukul saya, dia tak pernah pun pukul saya, jangan nak buat cerita. saya terfikir dia ni gila ke apa.

Lepas tu hari demi hari saya mengadu pada Allah minta jalan keluar dari masalah, jika sebelum ni solat cuma 5 waktu, tetapi waktu itu saya double amalan, saya solat istikharah, solat tahajud, solat taubat, semua saya buat, akhirnya saya dapat petunjuk dari mimpi, 3 malam berturut saya mimpi, malam pertama saya mimpi family B ni datang melamar saya, tetapi ibunya menyarungkan cincin pada seorang perempuan lain, bukan saya. malam kedua saya mimpi kami dalam satu kereta, di depan ada 2 jalan ke kiri dan ke kanan, kiri sangat gelap dan kanan cerah, dia telah memilih jalan kiri dan kami accident.

Malam ke 3 saya mimpi saya di hospital, sebelah tangan saya putus ( rasanya kesinambungan dari mimpi mlm ke 2) dikiri kanan semua family ada, dia telah mengajak saya ke mall, dengan satu tangan yang putus tengah berbalut saya mengikut dia ke mall, tapi entah mengapa saya tergelincir dan hampir terjatuh dari bangunan tersebut, dengan satu tangan saya berpaut pada tiang besi, saya meminta tolong darinya, namun dia tidak berbuat apa-apa, cuma merenung sahaja. Lama kemudian seorang lelaki lain datang selamatkan saya.

Tak sampai sebulan dari mimpi tersebut, akhirnya hubungan kami betul-betul putus, masa tu saya balik kelantan hari sabtu, sepatutnya saya datang ke kl balik hari isnin, ttapi disebabkan ada emergency, saya terpaksa cancel flight isnin tersebut, dan saya decided naik bas pada pagi ahad. pagi nak naik bas, saya tengok dia telah blocked wasap saya, jadi saya sms nya, kata saya balik haritu sebab ada hal di kl. 

Luckily yang baca sms saya tu seorang perempuan, dia telah call saya pagi tu tanya apa hubungan saya dengan B. dan dengan bangga dia telah menceritakan mereka telah tidur bersama. ok fine, dalam sedih saya happy, saya ada alasan yang kuat untuk tinggalkan dia. ptg tu perempuan tersebut ajak berjumpa, jadi kami berjumpa dia telah menunjukkan semua bukti dekat saya, dia juga telah menelefon si B untuk dtang, si B datang dan dia terkejut tengok saya disitu. lepas kejadian itu, kami terus tidak berhubung sampai sekarang. klau jumpa masing-masing buat tak tahu. rasanya waktu itu saya terselamat dari neraka. huhu

Jadi, pesanan saya, kenal dulu lelaki sebelum decided untuk terima sebagai husband, atleast berkawan setahun. sekarang orang macam-macam ragam. baik lelaki mahupun perempuan.

Sumber : syaz
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman