Perasan tak kadang kala bayi comel anda sudah pandai mengaru-garu telinganya sendiri. Tentu anda terfikir, sama ada si kecil ini betul-betul berasa gatal atau dia baru perasan kewujudan telinganya. Adakalanya, dia kelihatan asyik menggaru-garu telinga. Si kecil berusia setahun ke bawah kerap kali mengalami jangkitan pada telinga tanpa disedari. Keprihatinan ibu bapa mengesan jangkitan telinga ini boleh membantu mengelakkan kemerosotan atau hilang deria pendengaran pada masa akan datang. Bayi lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa kerana keadaan telinganya yang sedang membesar mempunyai saluran yang lebih pendek dan kecil. Keadaannya juga lebih mendatar dan sempit yang mudah memerangkap cecair. Tambahan pula antibodi si kecil masih tidak sekuat orang dewasa, maka mereka lebih berisiko untuk mendapat jangkitan. Menurut pakar telinga, hidung dan mulut, Dr. Andrew Hotaling melaporkan masalah pendengaran mengganggu perkem...
Rakan Sebaran Informasi Terkini