Skip to main content

Jangan ABAIKAN...5 Tanda Bayi Mungkin Terkena Jangkitan Telinga Tanpa Sedar. Sentiasa Periksa!


Perasan tak kadang kala bayi comel anda sudah pandai mengaru-garu telinganya sendiri. Tentu anda terfikir, sama ada si kecil ini betul-betul berasa gatal atau dia baru perasan kewujudan telinganya. Adakalanya, dia kelihatan asyik menggaru-garu telinga.

Si kecil berusia setahun ke bawah kerap kali mengalami jangkitan pada telinga tanpa disedari. Keprihatinan ibu bapa mengesan jangkitan telinga ini boleh membantu mengelakkan kemerosotan atau hilang deria pendengaran pada masa akan datang.    

Bayi lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa kerana keadaan telinganya yang sedang membesar mempunyai saluran yang lebih pendek dan kecil. Keadaannya juga lebih mendatar dan sempit yang mudah memerangkap cecair. Tambahan pula antibodi si kecil masih tidak sekuat orang dewasa, maka mereka lebih berisiko untuk mendapat jangkitan.  

Menurut pakar telinga, hidung dan mulut, Dr. Andrew Hotaling melaporkan masalah pendengaran mengganggu perkembangan si manja seperti pertuturan. Jangkitan bakteria dan virus pada telinga sering berlaku pada bahagian telinga tengah.

Antara tanda-tanda telinga si manja dijangkiti:

1. Bayi mengalami demam.

2. Merengek dan gelisah.

3. Masalah sukar untuk tidur.

4. Sering menarik dan mengorek telinga atau memegang bahagian telinganya.

5. Kerap menggaru telinga.

Apabila anda mendapati tanda-tanda berikut ada pada anak, segeralah bawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan segera dapat diberikan.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...